Showing all 3 results

Show:

Siri Sayang Allah : Seronoknya Solat (Lelaki)

Highlights:
Sinopsis
 
Solat adalah ibadah pertama yang akan dihitung oleh Allah SWT pada hari kiamat kelak. Oleh itu, ibadah solat perlu diajar dan dipupuk sejak usia kanak-kanak. Buku ini adalah sebuah buku panduan lengkap ibadah solat, dan sesuai dibaca oleh kanak-kanak seawal usia 6 hingga 12 tahun. Panduan lengkap dalam buku ini dapat membantu kanak-kanak memahami ibadat solat dengan lebih mendalam, serta membimbing kanak-kanak mendirikan ibadat solat dengan betul dan sempurna.
Penyampaian buku ini terdiri daripada infografik dan ilustrasi berwarna-warni, didatangkan daripada sumber yang sahih iaitu al-Quran dan hadis.
Selain aktiviti pengukuhan, terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti mengajak kanak-kanak berfikir dalam segmen Asah Minda dan Motivasi Kendiri, serta sirah berkaitan solat. Di samping merangsang daya pemikiran kanak-kanak, segmen in bertujuan mendidik kanak-kanak tentang kepentingan solat dalam kehidupan seharian.

Siri Sayang Allah : Seronoknya Solat (Perempuan)

Uwais Al-Qarni

Highlights:

SINOPSIS

Ini sebuah kisah penuh keajaiban. Keajaiban yang mencabar keimanan kita terhadap Maha Penguasa.

Manusia pertama, Adam, ialah keajaiban teragung. Begitu juga mukjizat yang dibuktikan oleh para Nabi, dari Adam hingga Muhammad, serta para solihin dan wali Allah dalam lipatan sirah. Tiada penjelasan yang rasional mengenai

Keajaiban-keajaiban ini, apatah lagi hujah untuk menolaknya.

Kami memutuskan untuk menerbitkan kisah ini dengan keyakinan bahawa Uwais al-Qarni bukanlah mitos-empunya nama ini benar-benar hidup pada zaman Rasulullah. Gaya hidup dan kecintaannya yang tinggi terhadap Nabi memungkinkan kewujudan beliau diperakukan oleh Nabi. walaupun kedua-duanya tidak pernah bertemu secara bersemuka-namun kedua-duanya saling berhubung secara misteri.

Kisah ini berkisarkan keperibadian beliau yang tersembunyi, yang selalu terselindung daripada pandangan khalayak. Kehidupannya adalah ketakwaan, selalu dekat kepada Sang Pencipta. Kecintaannya terhadap kesunyian dan tawakkul (keberserahan kepada Allah) ialah akar kepada kisah ini. Hidup beliau mengingatkan kita akan sabda Nabi :

“Tidak ada antara kalian yang boleh menjadi orang yang benar-benar beriman sehingga dia memandang Allah dan Rasul-Nya sebagai yang lebih disayangi daripada yang lain.”

Scroll To Top
Close
Close
Shop
0 Wishlist
0 Cart
Tracking
Close

My Cart

Shopping cart is empty!

Continue Shopping

Sidebar