2Products found
View
Filter
  • RM28.00RM30.00

    Novel AZAL, karya Norsamila Samsudin

    Rated 0 out of 5
    00

    Blurb

    Semua orang punya dosa. Tapi, tak semua orang rasa bagaimana dikejar dengan dosa-dosanya.

    Kasyaf, pernah melalui zaman remaja yang gila. Ponteng sekolah itu biasa. Buli orang, memang hobi dia. Hisap rokok, melepak dan segala masalah disiplin memang dia juara. Namanya tidak pernah turun daripada carta guru disiplin.

    Tetapi, bab persahabatan, bab hormat orang tua, memang dipegang.

    Pantang dia bila melihat sahabatnya dihentam. Ringan segala kaki dan tangan nak belasah orang. 

    Kalau bukan kerana sahabatnya -Mustakim, cuba menjadi hero, yang kemudiannya kecundang, tidaklah dia terlibat dengan gadis bisu bernama Mia.

    Dan, kerana secebis budi … dia diekori. Lalu, dihantui.

    Belum selesai dengan roh Mia, muncul pula seorang budak perempuan dengan nama lelaki – Lan.

    ‘… namanya Helani. Tapi, disuruhnya aku dan mak, panggil dia, Lan.’

    ‘Aku melihat kepincangan hidup orang. Aku cuba betulkan. Tetapi, ia hanya ilusi. Kepincangan sebenar adalah hidup aku. Aku yang kaku bila menyedari keplasuan dan hakikat sebenar. Kehidupan aku hanya kekal pada satu titik.’ AZAL.

    ‘Kekalan dalam masa lampau Aku sebenarnya tidak pernah bermula.’ – Helani

  • RM28.00RM30.00

    Novel Lastik Kayu, karya Norsamila Samsudin

    Rated 0 out of 5
    00

    Mengisahkan seorang gadis yang semasa kecilnya, degil dan lasak.  Berperwatakan seperti budak laki-laki kerana terpengaruh dengan dua abang di atasnya. Gadis yang menghadirkan runsing kepada si ibu akan masa hadapannya. Tetapi, gadis ini juga yang bila meningkat remaja, telah mengorbankan keinginannya menyambung pelajaran walaupun keputusan peperiksaan cemerlang. Semua itu dilakukan demi menjaga ibu yang lumpuh akibat trauma kehilangan suami dalam sebuah kemalangan. Syakila yang berkawan baik dengan Azril, anak tok ketua, ditemani pula oleh seorang lagi kawan lelaki sebaya anak orang kaya, Alif Farhan namanya. Dua rakan lelaki ini banyak menyokong kehidupan Syakila. Mereka ibarat lastik kayu yang memiliki dua cabang. Yang punya matlamat dan sasaran.

Main Menu