15Products found
View
Filter
  • RM22.00RM25.00

    Sang Penakluk Mimpi

    Rated 0 out of 5
    00
    Store: bukumetro

    Dialah Sang Penakluk Mimpi yang saban hari diuji dan diduga dengan pelbagai rencah hidup. Kadang-kadang dia menyangka yang dia sedang berlari jauh meninggalkan takdir yang jahat, malang sekali dia tersalah haluan. Maka takdir jahat itu terpacul di depan mata. Demikian ketika dia sedang menunggu takdir indah berkunjung, tetapi takdir itu berada di suatu sudut lain di hujung dunia. Maka, dia pun berlari, berlari mengejar angan-angannya. Berusaha menakluk mimpi pada malam hari untuk menikmati realiti pada siang hari. Akhirnya dia ketemu sebuah kehidupan baharu, juga ketemukan insan yang menyejukkan mataharinya pada siang hari dan menghangatkan bulannya pada malam hari.

  • RM26.10RM29.00

    TARIK AKU KE SYURGA

    Rated 0 out of 5
    00
    Store: bukumetro

    Sinopsis Tarik Aku Ke Syurga
    Tuduhan anak derhaka oleh Hajah Raudah bagai membenam diri Zamri ke dasar bumi yang gelap dan menyeksakan.

    “Umi, ampunkan Zam. Berilah Zam peluang untuk betulkan kesilapan diri Zam…”

    Akhirnya, Zamri yang tiada pilihan, terpaksa menurut sahaja kemahuan keluarga walaupun hatinya tertutup untuk wanita.

    “Kalau nak umi ampunkan kamu, ada syaratnya. Kalau syarat umi ini tak dapat kamu patuhi, anggap sajalah yang umi ini sudah mati.”

    Ternyata wanita yang halal itu belum dapat disentuh Zamri. Saat itu, Zara bagaikan dapat meneka perangai pelik Zamri yang tidak pernah memandangnya sebagaimana selayaknya seorang suami memandang isterinya.

    “Boleh tak awak tolong saya sekali? Saya merayu sangat-sangat. Anggap saja pertolongan ini sebagai membalas budi kerana saya tidak memohon cerai walau pun setelah tahu awak tak normal….”

    Tidak semudah itu Ricky mahu melepaskan Zamri yang sudah banyak termakan budinya. Demi sebuah dendam, Ricky tekad memisahkan kedua pasangan suami isteri itu dengan sihir pemisah?

    “Aku akan viralkan gambar-gambar kau. Reputasi kau sebagai doktor akan tercalar.”

    Adakah Zamri mampu berubah?

    Berjayakan Ricky melunaskan dendamnya kesumatnya?
    Zara pula menjadi mangsa keadaan demi menyelamatkan maruah keluarga Zamri.

    Perlukah dendam dan kesakitan ini dibawa sehingga ke penghujung nyawa?

    Atau adakah cinta mengatasi segalanya?

  • RM29.90RM30.00

    USAHAWAN KELANTAN

    Rated 0 out of 5
    00
    Store: bukumetro

    Buku ini memaparkan profil dan pengalaman lebih daripada 50 usahawan yang dianggap berjaya dalm bidang masing-masing. 

  • RM49.90RM60.00

    ZAMANI :HITAM PUTIH [Autobiografi]

    Rated 0 out of 5
    00
    Store: bukumetro

    Autobiografi Eksklusif Zamani Ibrahim atau sinonim dengan jolokan Zamani Slam ; seniman yang mencetus fenomena dalam industri muzik tanah air dan serantau.

    Kenali Zamani secara lebih dekat lagi melalui perkongsian peribadi beliau tentang keluarga, kerjaya, cinta, dugaan dan cabaran hidup yang memberi pengajaran kepada semua.

    Ketahui juga perkembangan terkini dan perancangan masa depan beliau melalui penerbitan autobiografi yang julung-julung kalinya ini.

Main Menu