Amalan Selawat: Dalail al-Khairat Karya Imam al-Jazuli (Tanpa Terjemahan)

RM15.00

Close
Price Summary
  • RM15.00
  • RM15.00
  • RM15.00
Out of Stock
Highlights:

Kitab Dalail al-Khairat adalah kitab yang telah dikarang oleh al-Imam al-Juzuli bagi menghimpunkan selawat yang masyhur daripada hadis-hadis Nabi, para sahabat, pada para awliya, terutamanya lafaz-lafaz selawat yang telah dikatakan kelebihannya menyamai 100,000, atau 50,000, atau 10,000 ganda selawat dan begitulah.

Compare
  Ask a Question
Categories: ,
Description

Pengenalan Kitab Dalail Khairat:

Kitab Dalail al-Khairat adalah kitab telah dikarang oleh al-Imam al-Juzuli bagi menghimpunkan selawat yang masyhur daripada hadis-hadis Nabi, para sahabat, pada para awliya, terutamanya lafaz-lafaz selawat yang telah dikatakan kelebihannya menyamai 100,000, atau 50,000, atau 10,000 ganda selawat dan begitulah.

Ramai dikalangan para ulama dan awliya berlumba-lumba untuk menghuraikan selawat-selawat yang tersebut dalam kitab yang berkat ini. Antaranya adalah al-Imam Muhammad al-Mahdi al-Fasi (w 1052 H) dalam kitabnya yang berjudul: Matha li` al-Masarrat Sharh Dala’il al-Khairat.

Kitab Selawat ini telah tersebar secara meluas sehingga manuskrip yang telah dijumpai seluruh alam mencapai 20 juta nuskhah. Dengan ini ia diiktiraf sebagai manuskrip kedua yang paling luas sebarannya di dunia selepas al-Quran.

Kaedah Membacanya:

Para ulama telah membahagikan kitab ini kepada beberapa bahagian untuk memudahkan ia diamalkan

  • Ada yang membahagikannya kepada 2 bahagian, bahagian untuk dibaca pada waktu siang, dan bahagian untuk dibaca pada waktu malam. Ini kerana al-Quran dan Rasullullah sendiri telah menganjurkan amalan zikir pada waktu pagi dan petang seperti yang telah masyhur.
  • Kemudian ada yang membahagikannya kepada 3 bahagian untuk dikhatamkan dalam 3 hari.
  • Ada pula yang membahagikan kepada 4 bahagian untuk dikhatamkan dalam 4 hari dan begitulah.
  • Maka ada yang telah membahagikan kepada 7 hari seminggu bermula dari hari isnin hingga ahad.

Namun dilihat pada pembahagian hari dalam kitab ini, bermula pada hari isnin dan berakhir pada hari isnin. Kenapa? Ini kerana isnin adalah hari kelahiran baginda Sallahu alaihai wasallam. Maka pada hari tersebut dibacakan selawat pada pagi dan pada waktu petang. Kemudian disambung esoknya dengan hari selasa dan seterusnya sehinggalah amalan selawat ini menjadi darah daging bagi kita sekalian.

Oleh itu, cadangan buat pengamal selawat daripada kitab ini adalah:

  • Memulakan Bacaan Isnin pertama pada petang hari Isnin.
  • Kemudian esoknya membaca bahagian selawat hari selasa pada mana-mana waktu pagi atau petang.
  • Dan berterusnya hingga akhir kitab ini iaitu hari isnin dan dibaca pada pagi hari isnin.

Semoga Allah memberi tawfiqnya kepada kita.

Reviews (0)
0 ★
0 Ratings
5 ★
0
4 ★
0
3 ★
0
2 ★
0
1 ★
0

There are no reviews yet.

Be the first to review “Amalan Selawat: Dalail al-Khairat Karya Imam al-Jazuli (Tanpa Terjemahan)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inquiries

General Inquiries

There are no inquiries yet.

Scroll To Top
Close
Close
Shop
0 Wishlist
0 Cart
Tracking
Close

My Cart

Shopping cart is empty!

Continue Shopping