Angkatan Pemuda Insaf (API) 1946-1947

RM36.00

5 in stock


  Ask a Question

Authors : Hasfalila Hassan, Ishak Saat

Price : RM 36.00

ISBN : 978-967-2216-30-8

Year of Publish : 2019

No. of Pages : 100

Penulisan ini menjurus kepada kajian tentang usaha dan peranan yang dimainkan oleh Angkatan Pemuda Insaf (API) sebagai barisan pemuda yang berusaha membebaskan Tanah Melayu daripada terus menjadi jajahan British. API bertanggungjawab menyebarkan propaganda tentang kezaliman yang dilakukan penjajah. Persediaan daripada aspek latihan ketenteraan dan pengisian jiwa juga dilakukan bagi memantapkan semangat dan kekuatan pejuang API bagi berhadapan dengan penjajah British. Tempoh masa kajian ini dipilih dari tahun 1946 hingga 1947 kerana tahun tersebut merupakan tempoh paling penting dalam sejarah perjuangan API. 

Buku ini amat sesuai untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat yang ingin tahu tentang perjuangan kemerdekaan yang pernah diusahakan oleh golongan berhaluan kiri atau dilabelkan radikal oleh penjajah British agar perjuangan mereka ini tidak mendapat sokongan masyarakat umum. Seterusnya penjajah berusaha untuk membantutkan perjuangan API dan menggagalkan usaha untuk memberikan kesedaran terhadap perjuangan menuntut kemerdekaan.

Be the first to review “Angkatan Pemuda Insaf (API) 1946-1947”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Reviews

There are no reviews yet.

Shipping Policy

Pengeposan akan mengambil masa 1-2 hari selepas pembayaran dilakukan. Pengeposan menggunakan syarikat kurier J&T sahaja buat masa ini. Tiada pengeposan dijalankan pada hari Jumaat dan Sabtu.

Refund Policy

Pemulangan barangan yang rosak akan digantikan dengan buku yang baru. Tiada pemulangan wang diberikan kepada pelanggan. Kos pemulangan perlulah ditanggung oleh pelanggan. Kami komited dalam membekalkan bahan yang terbaik dan berkualiti kepada para pelanggan.

Cancellation / Return / Exchange Policy

Tiada pembatalan tempahan setelah pembayaran dilakukan oleh pelanggan.

General Inquiries

There are no inquiries yet.

Main Menu