[BC] PTS Super Student: Pelajar Biasa Juga Mampu Ke Universiti Oxford! (Edisi Bahasa Melayu) – Olav Schewe
RM30.00
Penulis: Olav Schewe
ISBN:978-967-481-016-0
Penerbit: PTS
Format: Paperback
Halaman: Hitam Putih
Muka Surat: 186 Muka Surat
Rak: L159
Berat (Kg): 0.265
Penulis buku Super Student, Olav Schewe bekas penuntut Universiti Oxford bukan orang yang berbakat. Sekiranya beliau diperkenalkan kepada tiga orang jemputan di sebuah majlis, beliau selalu terlupa nama orang pertama sebelum orang terakhir memperkenalkan dirinya. Di sekolah rendah, beliau memperoleh markah sederhana sahaja dalam kebanyakan ujian dan tugasan.
Kira-kira 10 tahun lalu, sesuatu berlaku. Di sekolah menengah rendah, tiba-tiba Olav Schewe dihumbankan ke dalam sekumpulan besar pelajar yang bijak. Pada masa sama, beliau diperkenalkan dengan teknik belajar.
Beliau menduduki GMAT, iaitu peperiksaan kemasukan global bagi pendidikan sarjana dalam kewangan dan pentadbiran. Dalam GMAT, beliau dibandingkan dengan semua orang yang menduduki peperiksaan itu dalam tempoh lima tahun yang lalu, melebihi satu juta orang. Akhirnya, Olav Schewe tergolong dalam antara 6 peratus teratas.
Olav menerima tawaran daripada tempat pengajian seperti Universiti Oxford di Great Britain dan universiti Liga Ivy di Amerika Syarikat, iaitu Universiti Pensylvania dan sekolah Wharton. Beliau juga menerima tawaran biasiswa berjumlah $50,000 antaranya Biasiswa Fulbright yang terkenal. Beliau berasa sungguh hebat.
Pengalaman Olav sendiri menunjukkan kita mampu belajar dengan lebih baik dan memperoleh keputusan yang baik. Kuncinya adalah usaha yang digabungkan dengan teknik belajar dan prestasi yang baik walaupun saya sendiri mengambil masa agak lama bagi mengetahui tentang perkara ini. Saya berpeluang belajar dan mengalami teknik belajar yang berguna di semua tempat pengajian yang saya masuk.
“Matlamat saya adalah menghasilkan buku yang mudah diikuti, mudah dibaca dan buku yang berjaya merumuskan semua pengaruh ini. Buku yang mengandungi nasihat terbaik untuk pelajar supaya mereka dapat belajar secara lebih efektif dan memperoleh gred yang lebih baik.” – Olav Shcewe
Additional information
Weight | 0.4 kg |
---|---|
Dimensions | 20 × 25 × 3 cm |
General Inquiries
There are no inquiries yet.
Reviews
There are no reviews yet.