[BC] TELAGA BIRU PRE-ORDER: KOMBO Tafsir Al-Quran Tuan Guru Nik Abdul Aziz – Surah Al-Rahman & Surah Yasin

RM106.00

5 in stock

KOMBO Tafsir Al-Quran Tuan Guru Nik Abdul Aziz – Surah Al-Rahman & Surah Yasin akan terima :

1. Surah Al-Rahman
2. Surah Yasin
3. Percuma Bookmark

Alhamdulillah, yang dinanti-nantikan akhirnya sudah tiba. Tafsir Surah Al-Rahman dan Yasin akan menemui para peminat Tafsir Tok Guru tidak lama lagi.

Pre order Tafsir Surah Al-Rahman dan Yasin sekarang untuk nikmati tawaran-tawaran berikut :

1. Harga diskaun sebanyak 16%
2. PERCUMA – Bookmark potret khat Tok Guru

Terhad untuk 500 pembeli terawal sahaja.
Buku Premium & Hardcover.
Stok dijangka masuk pada 25 Oktober 2021

  Ask a Question
SKU: preorder-surah-alrahman-yasin Category:

– Surah Al-Rahman

Surah al-Rahman seolah-olah ‘kembar’ kepada Surah al-Waqi’ah. Kandungannya sangat unik memandangkan terdapat pengulangan sebanyak 31 kali pada ayat ini;

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? – Surah al-Rahman (55): 13

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat huraian yang jelas patah demi patah perkataan di dalam ayat-ayat Surah al-Rahman. Walaupun penat dengan tugas selepas pilihan raya umum 2008 ketika itu, Tuan Guru tetap memberi perhatian sepenuhnya dalam menghuraikan ayat demi ayat surah ini.

Penjelasan Tuan Guru tentang azab neraka dan nikmat syurga daripada kandungan surah ini dapat memberi satu refleksi dan muhasabah terhadap sesiapa yang mendengar kuliah beliau atau membaca buku ini.

Surah al-Rahman memberi fokus perihal beriman kepada Hari Akhirat yang sering diberi penekanan oleh Tuan Guru supaya percaya dan beriman dengan sungguh-sungguh terhadap balasan Allah kepada manusia.

– Surah Yasin

Surah Yasin merupakan antara surah yang sangat dekat di hati kita rakyat Malaysia. Surah yang banyak diamalkan sama ada dibaca pada setiap malam Jumaat atau pada majlis-majlis kenduri. Umum mengetahui fadilat-fadilatnya namun berapa ramai di antara kita yang memahami isi kandungan surah Yasin.

Surah Yasin mengandungi ajaran-ajaran tunjang dan asas dalam agama, tentang kenabian Rasulullah s.a.w., kisah 3 orang rasul yang diutuskan kepada penduduk sebuah qaryah, bagaimana manusia akan dimatikan dan dihidupkan semula begitu juga tentang kiamat. Di dalam Tafsir Surah Yasin, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengupas topik-topik ini dengan contoh dan analogi yang mudah untuk kita faham dan amalkan dalam kehidupan

Tuan Guru juga menegaskan tentang pentingnya untuk kita memahami ‘isi’ Yasin terlebih dahulu sebelum ‘kulit’ (fadilat)

Semoga dengan membaca Tafsir Tuan Guru ini akan menambahkan lagi kecintaan dan kefahaman kita terhadap surah Yasin yang sering kita baca hampir setiap minggu.
 
INFO PROJEK TAFSIR AL QURAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

Selepas 4 tahun pemergian Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan kita semua, ummah ternanti-nantikan usaha mana-mana pihak untuk mengumpulkan khazanah koleksi kuliah tafsir 30 Juzuk Almarhum untuk dibukukan bagi tatapan dan rujukan rakyat Malaysia.

Additional information

Weight 1 kg
Dimensions 25 × 20 × 5 cm
Be the first to review “[BC] TELAGA BIRU PRE-ORDER: KOMBO Tafsir Al-Quran Tuan Guru Nik Abdul Aziz – Surah Al-Rahman & Surah Yasin”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Reviews

There are no reviews yet.

General Inquiries

There are no inquiries yet.

Main Menu