[BC] YAYASAN KARYAWAN Karya Agung: HIKAYAT HANG TUAH (Hardcover) – Kassim Ahmad

RM180.00

3 in stock (can be backordered)

Tajuk: Karya Agung: HIKAYAT HANG TUAH
ISBN: karya-agung-hikayat-hang-tuah
Penerbit: Yayasan Karyawan
Dikaji & Diperkenalkan: Kassim Ahmad
Tahun Terbitan: 2017
Muka Surat: 585
Format: Hardcover
Halaman: Hitam Putih & Berwarna
Berat (kg): 1.1 kg
Dimensi: 23 cm x 15.5 cm x 4 cm

  Ask a Question
Category:

Tidak seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah tidak banyak menarik perhatian para sarjana. Beberapa orang sarjana Eropah sungguhpun telah menerbitkan teksnya, sama ada selengkapnya atau sebahagiannya sahaja, mencatat kan pendapat-pendapat mereka tentangnya, dan juga telah menterjemahkannya ke dalam bahasa-bahasa mereka,² tetapi usaha ini tidak menyamai usaha yang telah dilakukan terhadap Sejarah Melayu yang terkenal itu.

Ini barangkali kerana Hikayat Hang Tuah bukan bercorak sejarah. Orang-orang Eropah yang datang ke Asia Tenggara pada zaman penjajahan dahulu ingin mengetahui sejarah negara-negara yang ditakluki mereka. Dari segi ini, Hikayat Hang Tuah sama sekali tidak berfaedah bagi mereka. Sekarang keadaan sudah berubah. Tumpuan perhatian kita adalah kepada nilai-nilai sastera yang sebenarnya. Kita wajar menerima dan menilai hikayat ini sebagai sebuah karya sastera.

Tidak perlu ditegaskan bahawa hikayat ini bukan sebuah sejarah. Ini jelas daripada namanya sendiri. “Hikayat” ertinya cerita, dan kesusasteraan Melayu jenis inilah sebenarnya yang menjadi nenek moyang kepada bentuk novel atau roman Melayu moden (roman Melayu yang pertama bernama Hikayat Faridah Hanum, 1926, dikarang oleh Syed Sheikh al-Hadi). Oleh itu salahlah kalau cerita Melayu yang paling panjang ini (lebih kurang 146 000 perkataan) dikesampingkan begitu sahaja atas alasan ia mencemarkan sejarah.

Sejarah bukan perkara yang dipentingkan. Soal apakah Hang Tuah dan Hang Jebat betul betul ada, apakah cerita ini benar-benar berlaku dan sebagainya, bukanlah soal yang relevan. Pengarangnya mungkin tidak per nah membaca Sejarah Melayu. Bahkan ada bukti-bukti yang kuat untuk menyatakan bahawa bahan-bahan hikayat ini tidak dikutip daripada Sejarah Melayu.

 

Be the first to review “[BC] YAYASAN KARYAWAN Karya Agung: HIKAYAT HANG TUAH (Hardcover) – Kassim Ahmad”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Reviews

There are no reviews yet.

General Inquiries

There are no inquiries yet.

Main Menu