Be Eshme Elohim: Sang Penuntun Hati by Dr Maszlee Malik | Jejak Tarbiah

RM28.00

10 in stock

Penulis: Dr Maszlee Malik

Penerbit: Jejak Tarbiah

Bil. Muka Surat: 228

ISBN: 9789671826072

Format: Paperback

  Ask a Question
SKU: BeEshmeElohim Categories: , Tags: , , ,

“Tanpa mengembalikan diri kita kepada asal, iaitu kepada Yang Maha Pencipta, kita hanyalah sebujur jasad yang dikagumi kerana sifat-sifatnya, tetapi tidak mempunyai erti lebih daripada itu.” Dr Maszlee Malik

******************************************************************

““Be Eshme Elohim … dengan nama Allah, Tuhan si Ghulam!”

Anak panah meluru laju ke arah Ghulam lalu tepat mengenai dahinya!

“Argh!” Ghulam terbangkit daripada tidur.

Mimpi itu lagi! Sudah berminggu-minggu dia mengalaminya. Gambaran dirinya diikat, dan gambaran seseorang mengangkat busur, mengacukan anak panah ke arah dia. 

Jeritan “Be Eshme Elohim!” dan anak panah laju menuju tepat ke dahinya.

Adakah dia dirasuk oleh jembalang yang menghuni gurun Aden? Adakah dia telah disihir? Ataupun mungkin dia telah menjadi gila?”

…..

Ghulam, remaja miskin dan pintar, berusia 15 tahun, berasal dari kota Aden. Beliau suka mendengar kisah yang didendangkan oleh Ma’di al-Najjar, seorang ahli hikmah yang buta. Ma’di sering mengatakan, “Mimpi merupakan perkhabaran tentang masa hadapan. Waktu yang akan kita tempuhi, hidup yang akan kita lalui, dan juga saat yang akan kita rasai.”

Apa kaitannya dengan kehidupan Ghulam? Dan mengapa Ghulam, tidak, Mukhah, sahabatnya? 

“Be Eshme Elohim”. Sebuah novel yang membawa pembaca untuk mengenali diri sendiri. Ada suntikan spritual dalam kisah Ghulam.

“Hikmah itu milik sesiapa sahaja. Di mana dia terjumpa, tidak kira daripada siapa, hendaklah dia mengambilnya.”

Hikmah yang bukan sekadar diungkapan dengan perkataan semata-mata, tetapi yang harus diterjemahkan dengan tindakan. Bagaimana Ghulam berusaha membawa risalah Tuhan kepada raja dan masyarakatnya yang jahil? Adakah cabaran dan halangan getir yang diterimanya mematahkan semangatnya?

Additional information

Weight 0.55 kg
Dimensions 21 × 17 × 4 cm
Format

Soft Cover

Be the first to review “Be Eshme Elohim: Sang Penuntun Hati by Dr Maszlee Malik | Jejak Tarbiah”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Reviews

There are no reviews yet.

Shipping Policy

Penghantaran ke Semenanjung Malaysia akan menggunakan kurier J&T Ekspress, Ninja Van serta PosLaju. 

Kurier utama kami adalah J&T Express. Seandainya ada permohonan untuk kurier lain, anda boleh maklumkan kepada kami melalui whatsapp. 

Nyatakan: - 

No Order: 

Nama: 

Buku yang dibeli: 

Penghantaran akan dibuat selepas 1 - 2 hari berkerja. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui Whatsapp ke +6010-4455052. 

Refund Policy

Buku hanya boleh diganti/dipulangkan sekiranya terdapat kecacatan pada buku, kerosakan dan lain-lain perkara. 

Pembeli perlu menghantar bukti bergambar tentang kerosakan buku dalam tempoh 24 jam selepas buku diterima. 

Sebarang kerosakan boleh dimaklumkan kepada kami di +6010-4455052. 

Cancellation / Return / Exchange Policy

Setiap order yang dibuat adalah muktamad. 

Order tidak boleh ditukar/diganti/dibatalkan selepas pembayaran dibuat. Namun, pembeli boleh berurusan dengan kami sekiranya ingin menukar alamat. 

Sila whatsapp kami di +6010-4455052 untuk sebarang bantuan. 

General Inquiries

There are no inquiries yet.

Main Menu