BUMPER UJANG & APO? NEW-STALGIA KLASIK 2022

RM20.90

In stock

  Ask a Question
Category:
ISU kali ni kita petik di era zaman tiada lagi istilah internet pada masa itu. Serba serbi hiburan kanak-kanak dan remaja pada zaman tu bukan pada Tiktok atau Insta. Jauh sekali dengan PUBG, FortNite, Valorant, Minecraft atau Roblox. Alam ria ini penuh dengan acara sosial secara fizikal dengan aktiviti luaran. Permainan ini mendominasi keseluruhan gaya hidup kanak-kanak serata Malaysia yang melalui fasa usia membesar ketika itu. Kebanyakannya akan pernah merasai permainan ini satu ketika dulu.

Tugasan visual dan kaler kali ini kita serahkan kepada yohde Gayour yang mana sudah pasti juga pernah melalui zaman tersebut. Beliau juga dimamah usia, wakaka… Tergurau kasar pulak yohde.
Namun pujian mesti diberikan, kerana yohde Gayour ini antara kartunis yang masih serius aktif dan maintain dengan hasil kerjanya. Corak persembahannya bersesuaian dengan zaman ketika itu selaras dengan tema BUMPER NEW-STALGIA KLASIK.

Cam senyum-senyum je ingat kisah lama bila kitaorang petik je tema nih… Ekekeke, jom! Kembali ke zaman silam!!!

PERMAINAN BOLA SEPAK KERTAS

Untuk mengembalikan rasa dan momen yang pernah kita lalu masa kecik kecik… Kita berikan secara PERCUMA permainan BOLA SEPAK KERTAS dan memandangkan vibes FIFA WORLD CUP QATAR 2022 juga tak lama lagi akan bermula pada hujung tahun ini. Ni la permainan kita zaman bebudak… Citer la kat anak-anak betapa jaguhnya dan hebat abah abahnya dulu main games ni dengan skill tekan dan merembat padu dan skill chip bola yang cantik ke gawang gol. Kita beri pemain dan gawang gol secara percuma… Cuma bab bola tu boleh la dibuat sendiri… Dulu kita perenyukkan kertas je untuk dibuat bola. Ahhh… mudah je la!!! Heh!!!

Additional information

Weight 0.5 kg
Dimensions 26 × 18 × 1 cm
Be the first to review “BUMPER UJANG & APO? NEW-STALGIA KLASIK 2022”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Reviews

There are no reviews yet.

General Inquiries

There are no inquiries yet.

Main Menu