Ilmu Falak dan Masyarakat di Nusantara: Astronomi Islam, Astronomi Cerapan, Astronomi Komuniti dan Astronomi Kebudayaan

RM28.00

Out of stock

  Ask a Question

Ilmu Falak dan Masyarakat di Nusantara: Astronomi Islam, Astronomi Cerapan, Astronomi Komuniti dan Astronomi Kebudayaan – Kulit lembut

Pengarang: Nazhatulshima Ahmad, Raihana Abdul Wahab, Fatini Jaafat et al (Editor)

Penerbit: Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)

ISBN: 978-967-16077-3-2

Tahun: 2019, cetakan pertama

Mukasurat: 245

Berat: 443 g

Sinopsis

Ilmu falak/astronomi adalah satu disiplin ilmu yang sangat hampir dengan umat Islam dan masyarakat di nusantara ini. Ia adalah satu bidang ilmu yang berkembang seiring dengan perkembangan tamadun manusia. Hampir semua tamadun dan masyarakat mempunyai pengetahuan tentang ilmu falak/astronomi. Ini menunjukkan betapa luasnya kegunaan ilmu falak/astronomi merentasi sempadan tamadun dan masa. Dari kerja pertanian yang melibatkan ekonomi, perlaksanaan ibadat dalam fiqh, tiupan angin dalam pelayaran, cerapan langit dalam pencarian asal kejadian alam, hisab dan rubu muhayyab dalam kiraan matematik, semuanya itu menunjukkan betapa luasnya aplikasi ilmu falak yang telah diterokai manusia.

Hadirnya buku Ilmu Falak dan Masyarakat di Nusantara: Astronomi Islam, Astronomi Cerpan, Astronomi Komuniti dan Astronomi Kebudayaan merupakan perbincangan dimensi baharu ilmu falak/astronomi khususnya di nusantara yang mengabung jalinkan pelbagai disiplin ilmu.

Keseluruhan artikel dalam buku ini adalah koleksi daripada artikel yang telah dibentangkan dalam Seminar Falak Nusantara 2018 (Southeast Asia-Regional Astronomy Seminar – SARAS 2018) dianjurkan oleh Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) dan Universiti Malaya (UM) pada 17 dan 18 Oktober 2018. Ia terdiri daripada 28 artikel hasil penyelidikan atau pengalaman pengkaji nusantara daripada Malaysia, Indonesia dan Brunei. Penerbitan buku ini juga bersempena sambutan 100 tahun penubuhan International Astronomical Union (IAU). Semoga segala maklumat dan perbincangan dalam buku ini dapat dimanfaat oleh semua.

Additional information

Weight 0.45 kg
Be the first to review “Ilmu Falak dan Masyarakat di Nusantara: Astronomi Islam, Astronomi Cerapan, Astronomi Komuniti dan Astronomi Kebudayaan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Reviews

There are no reviews yet.

General Inquiries

There are no inquiries yet.

Main Menu