Tajuk : Intan Delaila
Penulis : Siti Rozilah
ISBN : 9789675067105
Teman, sesungguhnya aku cuba untuk menjadi terbaik di sampingmu. Tapi Camella, entah kenapa kau tak pernah menyukaiku. Tak pernah menilai kehadiranku di sisimu sebagai seorang sahabat. Walau puas aku berusaha untuk memenangi hatimu. Walau puas aku bersabar dengan kerenahmu. Segala apa yang aku miliki, kau cuba merampasnya dari tanganku.
Teman, tidak cukupkah derita yang kau taburkan setelah berjaya merampas Iman Daniel dari tanganku? Tidak cukupkah segala yang kau lakukan untuk melukakan hatiku?
Dan, takala aku sedang cuba menggapai bahagia dengan cinta baruku, kau tiba lagi dengan selaut dendammu. Kau tega mengirai-ngirai maruahku di hadapan seluruh alhi keluargamu. Kau tidak mahu melihat aku bahagia.
Teman, kenapa kau sering menunding jari takala kau gagal mendakap kebahagiaan? Kenapa kau sering menyalahkan orang lain sedangkan kau tak pernah menilai dirimu sendiri?
Aku mohon padamu duhai teman, biarkanlah aku sendiri. Biarlah aku susuri sisa-sisa hidup ini dengan secebis ketenangan. Adakah terlalu sukar untuk kau mengerti…
There are no reviews yet.