View cart “Permata Aurorius” has been added to your cart.
Roll over image to zoom in
Click to open expanded view
RM49.90
Store: ADANA BOOKSTORE
200 in stock
Tajuk: Jarum yang halal
ISBN: 9789671663516
Penerbit: Adana
Penulis: Jong Koi Chong
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 133
Halaman: Hitam Putih
Berat (kg): 0.5
SKU:
0004
Category: Buku Baru
Tags: adana publishing, Alternative medicine, Jarum yang halal, Jong Koi Chong, Nooralifah Jali, Perjalanan seorang akupunturis
Pembaca akan merasai sendiri, sebuah catatan perjalanan seorang lelaki melalui pemerhatian awalnya terhadap kaedah rawatan tradisional Cina menggunakan jarum, yang akhirnya beliau kenali sebagai akupuntur. Penulis berjaya membawa pembaca mengikuti dengan penuh minat, bagaimana perjalanan remaja lelaki yang pada mulanya tertarik dengan sesuatu yang asing, kepada seorang yang berani bertanya dan seterusnya sedikit demi sedikit berkenalan dengan akupuntur. Pengalaman sebenar penulis, tentunya memudahkan lagi beliau menyampaikan kisah benar beliau dalam buku ini. Daripada seorang remaja yang mengintai-intai JARUM pada mulanya, cintanya terhadap akupuntur terus mekar. Pelbagai halangan dihadapinya sebelum bergelar seorang Akupunturis, langsung tidak mematahkan semangat dan cita-citanya. Selepas memperoleh Diploma dan seterusnya ijazah sarjana dalam pengkhususan akupuntur, beliau berhadapan dengan cabaran dalam membina kerjayanya sebagai Akupunturis. Pelbagai masalah dan kekangan seakan menjadikan beliau lebih kuat untuk berjaya.Bermacam-macam pengalaman semasa melakukan rawatan akupuntur, menjadikan beliau lebih tekad memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, sehinggalah beliau berjaya membuka klinik akupuntur sendiri. Beberapa tahun selepas itu.kehadiran majoriti pesakit Melayu, telah membuka peluang dan ruang kepada beliau menerapkan konsep halal dalam rawatan berkaitan akupuntur. Usaha murni ini, bersama tanggungjawab dan sikap professional beliau sebagai seorang Akupunturis, seharusnya membuka mata rakyat Malaysia, bahawasanya duit bukan segala-galanya. Duit tidak boleh membeli kesihatan tetapi dengan duit kita boleh berusaha untuk menjadi sihat! Tanpa sempadan agama, bangsa dan kefahaman, nilai murni sebagai seorang bangsa Malaysia harus dipertahan dan dibanggakan.
Additional information
Weight | 0.5 kg |
---|---|
Dimensions | 21 × 15 cm |
Be the first to review “Jarum yang halal” Cancel reply
General Inquiries
There are no inquiries yet.
Reviews
There are no reviews yet.