Jarum yang halal

RM49.90

200 in stock

Tajuk: Jarum yang halal

ISBN: 9789671663516

Penerbit: Adana

Penulis: Jong Koi Chong

Tahun Terbitan: 2020

Muka Surat: 133

Halaman: Hitam Putih

Berat (kg): 0.5

  Ask a Question

Pembaca akan merasai sendiri, sebuah catatan perjalanan seorang lelaki melalui pemerhatian awalnya terhadap kaedah rawatan tradisional Cina menggunakan jarum, yang akhirnya beliau kenali sebagai akupuntur. Penulis berjaya membawa pembaca mengikuti dengan penuh minat, bagaimana perjalanan remaja lelaki yang pada mulanya tertarik dengan sesuatu yang asing, kepada seorang yang berani bertanya dan seterusnya sedikit demi sedikit berkenalan dengan akupuntur. Pengalaman sebenar penulis, tentunya memudahkan lagi beliau menyampaikan kisah benar beliau dalam buku ini. Daripada seorang remaja yang mengintai-intai JARUM pada mulanya, cintanya terhadap akupuntur terus mekar. Pelbagai halangan dihadapinya sebelum bergelar seorang Akupunturis, langsung tidak mematahkan semangat dan cita-citanya. Selepas memperoleh Diploma dan seterusnya ijazah sarjana dalam pengkhususan akupuntur, beliau berhadapan dengan cabaran dalam membina kerjayanya sebagai Akupunturis. Pelbagai masalah dan kekangan seakan menjadikan beliau lebih kuat untuk berjaya.Bermacam-macam pengalaman semasa melakukan rawatan akupuntur, menjadikan beliau lebih tekad  memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, sehinggalah beliau berjaya membuka klinik akupuntur sendiri. Beberapa tahun selepas itu.kehadiran majoriti pesakit Melayu, telah membuka peluang dan ruang kepada beliau menerapkan konsep halal dalam rawatan berkaitan akupuntur. Usaha murni ini, bersama tanggungjawab dan sikap professional beliau sebagai seorang Akupunturis, seharusnya membuka mata  rakyat Malaysia, bahawasanya duit bukan segala-galanya. Duit tidak boleh membeli kesihatan tetapi dengan duit kita boleh berusaha untuk menjadi sihat! Tanpa sempadan agama, bangsa dan kefahaman, nilai murni sebagai seorang bangsa Malaysia harus dipertahan dan dibanggakan.

Additional information

Weight 0.5 kg
Dimensions 21 × 15 cm
Be the first to review “Jarum yang halal”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Reviews

There are no reviews yet.

General Inquiries

There are no inquiries yet.

Main Menu