Kukisan Kasih

RM10.00

Out of stock

  Ask a Question
Categories: ,

Tajuk : Lukisan Kasih

Penulis : Aida Munira

ISBN : 9789833669271

Dania seorang kanak-kanak yang mengalami trauma apabila kedua-dua ibu bapanya mati secara tiba-tiba. Ayahnya, Hassan telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya manakala ibunya, Asmahida terbunuh dalam satu rompakan. Sejak itulah jiwa Dania tidak tentram. Dia menjadi yatim piatu dalam sekelip maa.

Adam sahabat baik kepada Hassan telah mengambil Dania sebagai anak angkat. Dia begitu simpati melihat keadaan Dania yang tidak tentu arah hidupnya. Selepas insiden itu, Dania seolah-olah bisu dalam dunianya sendiri. Perasaan gembira telah jadi buta untuk menemaninya. Dia seperti pekak untuk mendengar suara orang yang bukan dikasihinya. Yang ada padanya hanyalah durja mengenangkan kehilangan keluarga secara tagis.

Adam berusaha untuk memulihkan Dania dengan bantuan Sarah. Sarah berjaya memulihkan Dania dengan kaedah aroma terapi. Sedikit demi sedikit Dania dapat melupakan memori pahit itu.

Setelah Dania pulih, Adam berangkat ke luar negara atas urusan kerja dan Dania telah ditinggalkan bersama Sarah. Namun malang tak berbau, suatu hari Dania telah diculik. Dia telah dibawa oleh penculik itu jauh dari tempat tinggalnya. Sarah menjadi panik kerana kanak-kanak itu masih kecil dan tidak tahu jalan pulang. Sarah telah gagal memegang amanah yang telah diwasiatkan oleh Adam.

Apakah yang terjadi pada Dania? Dapatkah dia melepaskan diri daripada penculik itu? Dan apa pulak tindakan Sarah?

Be the first to review “Kukisan Kasih”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Reviews

There are no reviews yet.

General Inquiries

There are no inquiries yet.

Main Menu