Meow! Kau Curi Hatiku

RM6.00

Out of stock

šŸ“š Kondisi :Ā Terpakai / Preloved

āœ… Dibalut Plastik

āœ… Lain-lain seperti dalam gambar

Sebarang pertanyaan, tekan butangĀ ?Ā Ask a Question pada produk

  Ask a Question
SKU: nt11 Categories: ,

Sinopsis

Seorang hantu kucing. Seorang lagi pembuli kucing. Apabila kedua-duanya bertembung, huru-haralah jadinya. Aik, pasal kucing pun nak bergaduh ke?

ā€œEh, yang encik duk tengok saja kucing tu kesakitan, kenapa? Tolonglah dia.ā€
ā€œKucing tu dah tak lama dah tu. Biar ajelah dia mati kat situ. Rim kereta aku ni, kau tak nak tanya pulak teruk ke tidak tercalar kena divider.ā€
ā€œEncik dah langgar kucing tu, lepas tu encik tak mahu bertanggungjawab pulak?ā€
ā€œDah dia melintas tak tengok kiri kanan, kau nak salahkan aku pulak? Kucing nilah yang salah. Sepatutnya, dekat jalan raya macam ni mana boleh melintas. Kalau nak melintas jugak, pergilah melintas kat zebra crossing sana. Guna aje lampu isyarat yang dah ada tu.ā€

Tapi biasalah… dalam duk bergaduh macam tu, lama-lama jatuh suka juga. Masalahnya sekarang, si pembuli tu dah ada buah hati, Bella. Si hantu kucing pula single and available tapi, kena paksa kahwin oleh ayahnya dengan duda bertaraf pak cik ala-ala samseng Kampung Dusun, Haji Ripin.

Aduh! Gawat macam ni. Antara Bella dan Husna, Naim suka kedua-duanya. Dua-dua ada persamaan. Hantu kucing, gila kucing dan sayang kucing. Tapi, siapakah yang berjaya curi hati dia yang sangatlah takut kucing? Semuanya sebab pada satu masa dulu!

Antara Naim dan Haji Ripin, Husna lebih sukakan Naim tapi dia tak tergamak merampas hak orang. Haji Ripin pula, errā€¦ langsung tak masuk dalam tastenya. Bak kata Naim kepadanya, ā€œKalau kau nak kahwin pun, kahwinlah dengan orang muda macam aku ni. Pilihan ayah kau tu, macam dah tak ada stok lelaki muda kat dalam dunia ni. Teruk betul cita rasa dia.ā€

Pening! Semuanya tersepit dan tak jumpa jalan keluar. Adakah Naim reda jodohnya dengan Bella? Tercapaikah hasrat Haji Ripin hendak memperisterikan Husna?

ā€œJadi, jawapan muktamad aku, aku hanya akan kahwin dengan perempuan yang aku sayang aje. Kau tahu kan siapa perempuan tu?

Additional information

Weight 0.30 kg
Be the first to review “Meow! Kau Curi Hatiku”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Reviews

There are no reviews yet.

Shipping Policy

Buku akan dihantar pada hari Ahad hingga Jumaat sahaja.

Order akan diproses pada hari yang sama.

Nombor tracking akan dihantar sebaik sahaja buku di pos.

Refund Policy

Semua maklumat berkaitan buku telah dipaparkan pada setiap produk. Samada buku baharu, terpakai atau preloved.

Keadaan buku adalah seperti dalam setiap gambar yang dipaparkan.

Sebarang pertanyaan boleh klik ?Ask a Question

Cancellation / Return / Exchange Policy

Buku yang telah dibeli tidak boleh dipulangkan.

General Inquiries

There are no inquiries yet.

Main Menu