Novel Lastik Kayu, karya Norsamila Samsudin

RM28.00RM30.00 (-7%)

100 in stock

Mengisahkan seorang gadis yang semasa kecilnya, degil dan lasak.  Berperwatakan seperti budak laki-laki kerana terpengaruh dengan dua abang di atasnya. Gadis yang menghadirkan runsing kepada si ibu akan masa hadapannya. Tetapi, gadis ini juga yang bila meningkat remaja, telah mengorbankan keinginannya menyambung pelajaran walaupun keputusan peperiksaan cemerlang. Semua itu dilakukan demi menjaga ibu yang lumpuh akibat trauma kehilangan suami dalam sebuah kemalangan. Syakila yang berkawan baik dengan Azril, anak tok ketua, ditemani pula oleh seorang lagi kawan lelaki sebaya anak orang kaya, Alif Farhan namanya. Dua rakan lelaki ini banyak menyokong kehidupan Syakila. Mereka ibarat lastik kayu yang memiliki dua cabang. Yang punya matlamat dan sasaran.

  Ask a Question
SKU: 30 Category:

Novel ini bukan sahaja sebuah novel remaja yang penuh dengan kisah kehidupan, kekeluargaan, persahabatan, percintaan, tetapi juga sarat dengan motivasi dalam melihat dunia dari pelbagai sudut. Yang terhijab dan yang jelas di pandangan.

Dimuatkan budaya bangsa, adat Melayu yang mengamalkan pantang selepas bersalin. Disisipkan tentang kasih abang dan adik. Yang dalam meniti kehidupan, walau jarak memisahkan, tetapi ikatan persaudaraan tetap utuh dalam doa yang kukuh.

Additional information

Weight 0.5 kg
Dimensions 1.5 × 4.5 × 7 cm
Be the first to review “Novel Lastik Kayu, karya Norsamila Samsudin”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Reviews

There are no reviews yet.

General Inquiries

There are no inquiries yet.

Main Menu