Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan

RM35.00

In stock

  Ask a Question
Categories: ,

Tajuk: Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan 
ISBN: 9789839670000
Penerbit: Maleq Rezki Enterprise
Penulis:  Mohamad Azlan Al Amin
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 310
Halaman: Hitam Putih & Berwarna
Format: SoftCover
Berat (kg): 0.480
Dimensi (cm): 21.6cm x 14.1cm x 1.9cm 

Ini kisah benar. Dulu pengutip sampah,
kini bergelar jutawan hartanah pada usia 24 tahun. Inilah bukti kasih
sayang Allah, yang Maha Pemberi untuk melahirkan lebih ramai pemberi.
Daripada pengutip sampah, menjadi pemilik limpahan harta yang barakah. 

21 ORANG ADIK-BERADIK: 

KELUARGA TERMISKIN DI BESUT.

HANYA TINGGAL RM1.30:

ITU SAHAJA DUIT YANG ADA DI TANGAN.

UMUR 24 TAHUN JADI JUTAWAN:

EJEN JUALAN & PEMAJU HARTANAH.

SINOPSIS

Allah beri jalan keluar yang tidak
disangka & rezeki yang tidak terhitung kepada hamba-Nya yang
bertakwa. Benarlah seperti yang dikatakan oleh Buya Hamka, “Ketika semua
pintu di bumi sudah tertutup, yakinlah pintu ke langit sentiasa
terbuka!”

HIKMAH KEMISKINAN

Beliau lahir dalam keluarga miskin
tegar. Mempunyai 21 adik-beradik seibu seayah. 5 daripadanya meninggal
dunia sewaktu kecil. Mereka pernah dibanci sebagai keluarga paling
miskin di Kg. Tok Raja, Besut, Terengganu. Kemiskinan menjadikan mereka
menghargai apa sahaja nikmat yang ada asalkan halal dan penuh
keberkatan.

DIARI PENGUTIP SAMPAH

Selepas tamat persekolahan, beliau
menjadi pengutip sampah. Itu sahaja pilihan pekerjaan yang ada. Air mata
ibunya tumpah apabila melihat ulat-ulat sampah keluar menggelitik dari
kocek baju & kasut yang dipakai. Selepas itu, beliau menjadi
kelindan lori dan diuji dengan kemalangan yang hampir meragut nyawanya.

PERJALANAN BERMULA

Kebun jagung musnah dilanda ribut.
Rakan kongsi satu per satu menarik diri. Hubungan keluarga juga
berantakan kerana masalah yang datang bertalu-talu. Buntu &
tertekan, beliau nekad meninggalkan kampung halaman. Pertemuan dengan
Cikgu Halim menjadi detik permulaan beliau menjadi ejen jualan tanah.

TITIK PERUBAHAN

Bermodalkan RM50 & kereta buruk
yang dipinjam, beliau mengedar risalah promosi lot tanah. Untuk pertama
kali dalam hidupnya, beliau berjaya menjual dua lot tanah dan mendapat
komisen sebanyak RM4,000. Pendapatan itu mengatasi gaji bulanan
sesetengah pekerjaan. Beliau yakin sekiranya berusaha lebih
bersungguh-sungguh, tidak mustahil beliau boleh mendapat imbuhan lebih
daripada itu. Semangatnya kian membara. Siapa percaya, dalam tempoh enam
bulan sahaja, beliau berjaya meraih pendapatan lebih RM500,000.

KEAJAIBAN SEDEKAH

Hasrat untuk membeli kereta terpaksa
dilupakan. Dia perlu membayar yuran universiti adiknya. Walaupun hanya
berulang-alik dengan motor, Allah balas kebaikannya dengan ganjaran yang
lebih besar. Puluhan ribu komisen diperolehi melalui jualan lot tanah.
Namun, duit itu digunakan untuk membina rumah ibu & ayahnya. Beliau
juga membiayai sepenuhnya pengajian 18 orang pelajar miskin dari
Kemboja. Benarlah janji Allah. Dengan sedekah yang ikhlas, Allah akan
lipat gandakan pahala serta keberkatan rezeki kita.

JUTAWAN MUDA HARTANAH

Bermula sebagai ejen jualan tanah lot,
beliau menubuhkan syarikat sendiri & membeli hartanah pertama pada
harga hampir RM300 ribu. Namun, kerana kurang pengalaman, hartanah yang
dibeli tidak dapat dimajukan & beliau hampir tersungkur. Setelah
halangan dapat diatasi, beliau mengorak langkah dengan berhati-hati.
Beliau & syarikatnya menguasai hartanah di sekitar Terengganu dan
Kelantan dengan pelbagai projek perumahan & pembinaan yang bernilai
ratusan hingga jutaan ringgit.

Average Rating

5.00

02
( 2 Reviews )
5 Star
100%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%
Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 Reviews For This Product

  1. 02

    mazlie nadzri (verified owner)

    penghantaran pantas

  2. 02

    AbamBuku

    Seller terbaik

General Inquiries

1 Inquiries

  1. February 6, 2022

    Boleh beli and deliver ke singapore?

    Maaf Tuan...buku sudah habis stok

Main Menu