Maka, dalam konteks Malaysia hari ini, kontrak sosial seharusnya difahami dan diterima dalam kedua-dua premis tersebut. Perjuangan berhubung hak dan kepentingan Sabah tidak seharusnya dilihat satu hala atau bersifat state-centric, namun diiktiraf sebagai agenda nasional dalam membina masa depan Persekutuan Malaysia yang lebih sejahtera.
Sabah Dalam Persekutuan Malaysia MA63 Sebagai Kontrak Sosial
RM29.00
Price Summary
- RM29.00
- RM29.00
- RM29.00
Buku ini menyentuh berhubung kedudukan Sabah dalam Persekutuan Malaysia dengan memberikan fokus kepada signifikasi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai kontrak sosial. Isu berkaitan hak, kepentingan dan kedudukan Sabah dalam Malaysia terus menjadi antara perkara utama yang mendominasi diskusi berkaitan hubungan di antara negeri dan persekutuan. Wacana konstruktif berkaitan perkara ini perlu diperbanyakkan untuk memastikan diskusi berpandukan kepada konteks dan fakta yang tepat. Buku ini melihat proses pembentukan Malaysia dari perspektif teori Kontrak Sosial dengan mengenal pasti elemen-elemen utama dalam teori tersebut yang relevan dalam melihat proses pembentukan Malaysia. Analisis akan dimulakan dengan melihat kepada proses pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu diterima dan diiktiraf umum sebagai berlandaskan kepada kontrak sosial di antara tiga kaum utama; Melayu, Cina dan India. Elemen-elemen penting yang sama yang telah merealisasikan pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Berbeza dengan kontrak sosial versi 1957 yang melibatkan aktor “antara kaum”, kontrak sosial ini telah diperkukuhkan dengan versi 1963 merangkumi faktor “antara wilayah”. Teras kepada kontrak sosial versi 1963 adalah ikatan perjanjian melalui MA63.
Weight | 0.35 kg |
---|---|
Dimensions | 17 × 19 × 2 cm |
Be the first to review “Sabah Dalam Persekutuan Malaysia MA63 Sebagai Kontrak Sosial” Cancel reply
Shipping Policy
Within 2-3 working days
Refund Policy
Open to discussion
Cancellation / Return / Exchange Policy
Open to discussion
General Inquiries
There are no inquiries yet.
Related Products
Tajwid: Tuhfat al-Atfal karya Sulayman al-Jamzuri
Kitab ini merupakan kitab terjemahan matan asas ilmu Tajwid: Tūhfat al-Aṭfāl yang ditulis oleh Syeikh Sulaymān al-Jamzūrī. Manakala penjelasan terhadap bait-bait syair di dalamnya merujuk kepada dan mengambil manfaat daripada beberapa syarah terhadap kitab tersebut.
Mantik: Tadrib al-Adani Terjemahan Risalah Mantiq Shaykh Yasin al-Fadani | Kitab Agama Terjemahan
Terjemahan bagi Kitab Risalah Mantiq karya Shaykh Yasin al-Fadani. Kitab dalam Bahasa Melayu dan dilengkapi dengan gambar rajah. Sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan ilmu mantik.
365 Tip Didik Anak Gaya Nabi: Edisi Kemas Kini
Wisata Terbang Inspirasi
Sebuah buku yang mengumpulkan 45 orang penulis untuk berkongsi 50 jurnal/catatan pengembaraan di pelbagai negara. Pengalaman yang pastinya akan memberi pelbagai rasa kepada pembaca.
There are no reviews yet.