Tajuk : Tenggelamnya Warna Pelangi
Penulis : Sharina Elisa
ISBN : 9789675067488
Bahagia hanya sementara, Kecewa perkara biasa. Ketakutan menutupi segalanya. Begitulah kehidupan Tengku Eiden Alaisya. Pertunangan dan perkahwinan yang tepaksa dilaluinya diterima dengah hati terbuka lantas menyayangi si suami sepenuh jiwa sehingga tidak mampu digambarkan dengan kta-kata. Mampukah bunga-bunga bahagia berkembang selamanya?
Izlan Zakrin, sang suami yang tidak tahu menghargai kejujuran dan kesetiaan sang isteri. Puncanya hanyalah salah faham. Tengku Hazryl yang dikejar penjahat, meminta tempat berlindung buat sementara waktu daripada Eidena Alaisya semasa Izlan Zakrin tiada di rumah. Malang tidak berbau, Izlan Zakrin terus menceraikan Eidena Alaisya sebaik sahaja mengetahui isterinya itu ditngkap berkhalwat dengan Tengku Hazryl.
Adakah Eidena Alaisya akan memaafkan dan kembali kepada Izlan Zakrin setelah kebenaran terbongkar? Adahkah Eidena Alaisya akan bertemu dengan cinta sejatinya sendiri? Apakah takdir cinta mereka?
There are no reviews yet.