Stigma kepada permasalahan kesihatan mental seperti kemurungan, keresahan, penyalahgunaan bahan terlarang seperti arak, dadah dan sebagainya, dan rasa ingin bunuh diri masih wujud dalam kalangan masyarakat. Ia merupakan isu yang tidak menunjukkan tanda jelas, maka ramailah yang ambil mudah dan terlepas pandang akan hal ini. Lebih teruk lagi, sepanjang musim PKP, faktor seperti hilang kerja, kurang aktiviti sosial dan takut dijangkiti virus boleh menyebabkan kesihatan mental terjejas. Beberapa kajian lepas telah menunjukkan, mereka yang kehilangan pekerjaan mempunyai risiko tinggi untuk mendapat masalah kemurungan dan keresahan. Menyedari kepentingan pengurusan stres yang berkesan, buku ini berkongsi pengalaman serta mengandungi tips-tips yang berguna dalam usaha untuk mengawal stres daripada menjadi lebih serius. Buku ini ditulis khas kepada semua rakan sekerja, ahli keluarga, petugas barisan hadapan pencegahan Covid-19, rakan-rakan dan semua masyarakat yang mengakui kepentingan pengurusan stres. Semoga ianya dapat membina ketahanan mental dalam mengharungi penularan wabak Covid-19.
Ujian Kendiri: Kawalan Stres & Ketahanan Diri
RM49.90
Price Summary
- RM49.90
- RM49.90
- RM49.90
Tajuk: Ujian Kendiri:
Kawalan Stres & Ketahanan Diri
ISBN: 9789671663561
Penerbit: Adana
Penulis: Dr. Mahazani Ali
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 111
Halaman: Hitam Putih
Berat (kg): 0.5
Weight | 0.5 kg |
---|---|
Dimensions | 21 × 15 cm |
Be the first to review “Ujian Kendiri: Kawalan Stres & Ketahanan Diri” Cancel reply
General Inquiries
There are no inquiries yet.
Related Products
Pesona Buku
PESONA BUKU – Sebuah Apresiasi Mengenai Keunikan, Keanehan dan Kehebatan Buku.
Apabila membicarakan sesebuah buku, kita tidak akan terlepas daripada menghayati daya tarikannya. Tanpa daya tarikan, mustahil bagi kita untuk membelek helaian demi helaian buku tersebut dengan penuh perhatian.
Peta Ilmu dan Amal – Ustaz Zainul Abidin bin Abdul Halim | Kitab Agama Akademi Pemikiran Turath (APT)
Menjelaskan keperluan memahami gambaran umum ilmu, atau yang penulis istilahkan sebagai “peta ilmu”. Menjawab persoalan-persoalan utama: apakah tujuan utama dan kepentingan menuntut ilmu? Apakah pula tujuan yang dikehendaki daripada setiap ilmu yang dipelajarinya? Apakah ilmu yang harus dipelajari terlebih dahulu? Bagaimanakah hubung kait antara ilmu-ilmu tersebut?
Mantik: Tadrib al-Adani Terjemahan Risalah Mantiq Shaykh Yasin al-Fadani | Kitab Agama Terjemahan
Terjemahan bagi Kitab Risalah Mantiq karya Shaykh Yasin al-Fadani. Kitab dalam Bahasa Melayu dan dilengkapi dengan gambar rajah. Sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan ilmu mantik.
There are no reviews yet.