82Products found
View
Filter
  • RM24.50RM25.00

    PTS Publishing House – Bidaahkah Amalanku?

    Rated 0 out of 5
    00
    Store: Warongbuku

    Tajuk: Bidaahkah Amalanku?
    ISBN: 978-967-481-769-5
    Penerbit: PTS Publishing House
    Penulis: Prof Dr Basri Ibrahim Al-Azhari
    Tahun Terbitan: 2022
    Muka Surat: 296
    Halaman: Hitam Putih

    SINOPSIS

    Bidaah merujuk kepada amalan atau kepercayaan yang diada-adakan bertentangan dengan al-Quran, as-Sunnah, ijmak dan juga qiyas. Ia juga merujuk kepada amalan yang bertentangan dengan apa yang dilakukan oleh generasi awal umat Islam atau generasi salaf mereka.

    Ada yang mengatakan, bidaah adalah semua perkara baharu walhal hanya perkara baharu dalam amalan berkaitan agama sahaja dianggap bidaah.

    Ada juga yang mengatakan, suatu amalan itu dianggap bidaah hanya dalam mazhab lain dan bukan Mazhab Syafie. Walhal rupanya, ulama Mazhab Syafie juga mengatakan yang ia adalah amalan bidaah.

    Ada yang mengatakan amalannya itu tidak bidaah kerana ada hujah ilmiah walhal secara ilmiahnya amalan itu memang bidaah. Hujah yang mengatakan ia tidak bidaah adalah hujah yang kurang ilmiah.

    Pendedahan ini bukan untuk mengelirukan umat Islam di Malaysia, sebaliknya pendedahan ini demi membudayakan budaya beramal dengan ilmu dan bukan ikut-ikutan.

    Demi amalan yang sahih mengikut sunah Rasullullah s.a.w.

  • RM24.50RM25.00

    PTS Publishing House – Bolehkah Beramal dengan Hadith Dhaif?

    Rated 0 out of 5
    00
    Store: Warongbuku

    Tajuk: Bolehkah Beramal dengan Hadith Dhaif?
    ISBN: 978-967-481-773-2
    Penerbit: PTS Publishing House
    Penulis: Prof Dr Basri Ibrahim Al-Azhari
    Tahun Terbitan: 2022
    Muka Surat: 192
    Halaman: Hitam Putih

    SINOPSIS

    Antara hadith sahih dengan hadith dhaif, sudah tentu hadith sahih yang wajib menjadi pegangan orang-orang Islam. Masih banyak bab dalam hadith sahih yang belum dipelajari oleh umat Islam baik hadith yang menyentuh akidah, hukum hakam mahupun yang berkaitan dengan adab dan akhlak.

    Namun oleh kerana masyarakat Islam di Malaysia kurang didedahkan dengan pembelajaran ilmu hadith sebagaimana yang berlaku akhir-akhir ini oleh beberapa orang tokoh dalam bidang hadith, maka tidak ada isu yang timbul berkaitan dengan amalan yang dilakukan oleh masyarakat Islam di negara ini.

    Setelah pengajian ilmu hadith mulai tersebar dengan meluas baik menerusi kuliah di masjid dan surau mahupun menerusi atas talian, ia telah menarik perhatian sebahagian besar masyarakat kerana mereka melihat itulah ajaran sebenar yang ditinggalkan oleh Nabi s.a.w kepada umatnya dan ia mudah dihayati dan difahami mereka.

    Daripada situ juga mulai timbul pelbagai pandangan masyarakat terhadap hadith dhaif dalam perundangan Islam dan fada’il al-a’mal. Apalagi hadith dhaif ialah hadith yang tidak mencukupi syarat-syarat hadith hasan dan hadith sahih.

    Ada golongan yang menolak dengan keras amalan terhadap hadith dhaif meskipun dalam lapangan fada’il al-a’mal dan ada pula yang mengambil sikap yang pertengahan. Inilah yang sedang diusahakan oleh buku ini untuk dijelaskan kepada masyarakat Islam di negara ini.

    Buku ini amat sesuai menjadi bahan bacaan masyarakat awam bagi mengetahui secara lebih mendalam tentang perbezaan pendapat ulama dalam beramal dengan hadith dhaif dalam lapangan perundangan Islam dan fada’il dan contoh-contoh yang berkaitan dengannya.

  • RM23.50RM25.00

    PTS Publishing House – Communicate Like Muhammad

    Rated 0 out of 5
    00
    Store: Warongbuku

    Tajuk: Communicate Like Muhammad
    ISBN: 978-967-481-753-4
    Penerbit: PTS Publishing House
    Penulis: Ahmad Saifuddin Yusof
    Tahun Terbitan: 2022
    Muka Surat: 185
    Halaman: Berwarna

    SINOPSIS

    Tiga perkara akan disedari apabila membaca buku ini:

    1. Nabi Muhammad sebagai model terbaik untuk dicontohi teknik dan cara berkomunikasi dengan orang lain ketika bersosial, memimpin dan memberi motivasi.

    2. Tonggak utama teknik komunikasi Nabi Muhammad ialah konteks dan pilihan perkataan yang tepat.

    3. Komunikasi yang betul akan menghasilkan kesan positif.

    Buku ‘Communicate Like Muhammad’ bukanlah membawa hukum atau sunnah baru. Buku ini memaparkan teknik dan kaedah yang terselindung di sebalik tirai hadith Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alayhi wa Sallam.

    Mungkin ada perkara yang bercanggah dengan amalan yang biasa kita lazimi setiap hari sama ada di rumah, di pejabat atau di dalam organisasi kita.

    Justeru, teknik dan kaedah komunikasi Nabi Muhammad perlu dilatih sentiasa supaya kaedah itu terikat kemas dalam komunikasi kita setiap hari.

    Latihan setiap hari akan mewujudkan kelaziman baru dalam hidup kita sehingga dapat menghasilkan kesan positif ketika kita bersosial, mendorong dan memimpin orang lain.

    Teknik dan kaedah dalam buku ini adalah universal untuk semua orang tidak mengira bangsa dan agama. Tidak ada bacaan ritual dan mentera tertentu untuk mengamalkan kaedah komunikasi Nabi Muhammad. Hanya 3 langkah.

    Baca, faham, buat.

  • RM37.50RM40.00

    PTS Publishing House – Lillah Sebelum Lelah (Dwi Suwiknyo)

    Rated 0 out of 5
    00
    Store: Warongbuku

    Tajuk:  Lillah Sebelum Lelah
    ISBN: 978-967-481-726-8
    Penerbit: PTS Publishing House
    Penulis: Dwi Suwiknyo
    Tahun Terbitan: 2022
    Muka Surat: 534
    Halaman: Hitam putih
    Format: Softcover

    Sinopsis

    Mengapa kita sering gelisah dan mudah lelah? Salah satu puncanya adalah kerana sejak awal kita melakukan segala sesuatu bukan kerana Allah s.w.t. Hati dan fikiran kita tidak terkait kepada-Nya. Kita lebih memilih jalan pintas yang menurut penilaian kita, ¡a lebih mudah ditempuhi kerana lebih jelas. Atau, mungkin hati kita sudah yakin, tetapi fikiran kita tidak mampu menangkap janji-janji-Nya yang mash ghaib.

    Kelelahan ini dapat diatasi apabila tiga prinsip penting menjadi pasak dalam kehidupan harian, antaranya:

    1. Prinsip minallah (daripada Allah s.w.t.), iaitu memulakan sesuatu perkara bersumberkan satu jalan yang sama: segalanya daripada Allah

    2. Prinsip ma’allah (bersama Allah s.w.t.), iaitu tetap bersama Allah s.w.t. dalam berjuang menjalani kehidupan seharian

    3. Prinsip ilallah (menuju Allah s.w.t.), iaitu proses penyerahan diri hanya kepada Allah s.w.t. melalui kesabaran dan keikhlasan

    Selami setiap fasa dalam berprinsip dengan menghayati kupasan demi kupasan yang lebih jelas dalam buku ini. Lillah dahulu, sebelum lelah.

    Buku ini ialah sekuel buku Ubah Lelah Jadi Lillah. Buku pertama memfokuskan kepada konsep hijrah, manakala buku Lillah Sebelum Lelah pula membawa tema istiqamah dan mengelakkan daripada tergelincir ke lembah kelelahan. Proses lillah itu panjang, namun ia bermakna.  

  • RM40.00RM43.00

    PTS Publishing House – Menulis Dari Hati Biar Sampai Ke Hati (Pahrol Mohamad Juoi)

    Rated 0 out of 5
    00
    Store: Warongbuku

    Tajuk: Menulis Dari Hati Biar Sampai Ke Hati
    ISBN: 978-967-481-755-8
    Penerbit: PTS Publishing House
    Penulis: Zamri Mohamad, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
    Tahun Terbitan: 2022
    Muka Surat: 325
    Halaman: Hitam Putih & Berwarna
    Format: Softcover

    SINOPSIS

    Bahagian 1: Tulislah Cerita, Jiwa Lentur, Akal Akur

    Cerita sentiasa mempengaruhi manusia, baik jalan kiri atau pun kanan. Bagaimana kita dapat membangunkan cerita yang membawa kepada jiwa yang lentur dan akal yang akur? Dalam bahagian ini, penulis membawa pengalaman yang dapat dijadikan rangka fikir dan rangka kerja dalam pengkisahan baik berbentuk fiksyen, kembara dan kisah hidup.

    Bahagian 2: Menggali, Menyusun Teladan dan Hikmah dalam Penulisan Kisah Hidup

    Kisah hidup akan mati sebagai laporan semata-mata jika tidak disilangkan bersama hikmah dan pengetahuan yang datang bersama. Penulis memberikan panduan bagaimana merangka kisah hidup yang membentuk nilai menggunakan bahan pembacaan dan pengamatan yang datang bersama.

    Bahagian 3: Menulis menggunakan 4 Kuadran Diri

    Bagaimana menulis menggunakan kuadran modal diri? Untuk topik ini, kita akan melihat bagaimana modal diri sendiri boleh digunakan sebagai asas bagi menghasilkan penulisan persuasif yang dapat mendekati pembaca dan relevan. Sesuatu yang relevan akan bertahan lebih lama, menjangkaui tempoh yang kita jangkakan.

  • RM38.50RM40.00

    PTS Publishing House – The Art of Thinking Clearly: Edisi Bahasa Melayu (Rolf Dobelli)

    Rated 0 out of 5
    00
    Store: Warongbuku

    Tajuk: The Art of Thinking Clearly
    ISBN: 978-967-481-768-8
    Penerbit: PTS Publishing House
    Penulis: Rolf Dobelli
    Tahun Terbitan: 2022
    Muka Surat: 398
    Halaman: Hitam Putih

    SINOPSIS

    Pernahkah kita…
    – Melabur masa terhadap perkara yang memang diketahui tidak berbaloi?
    – Membazir banyak wang dalam jualan lelong di eBay?
    – Terus-terusan melakukan sesuatu perkara biarpun tahu perkara itu memberikan kesan yang negatif?
    – Menjual saham terlalu awal ataupun terlalu lambat?
    – Tersilap langkah dalam percaturan hidup?
    – Menerima pujian apabila berjaya, namun menuding jari apabila gagal?

    Menerusi buku The Art of Thinking Clearly ini, Rolf Dobelli membantu kita menggariskan kesilapan-kesilapan mudah yang biasa kita lakukan lakukan dalam berfikir serta membuat keputusan.

    Buku ini adalah peluang untuk kita menutup segala ruang kesilapan, serta memberikan kita peluang membuat keputusan yang jauh lebih baik dalam kehidupan.

  • RM33.50RM35.00

    Telaga Biru – Fiqah Muslimah: Dari Perspektif Agama & Medik

    Rated 0 out of 5
    00
    Store: Warongbuku

    Tajuk: Fiqah Muslimah : Dari Perspektif Agama & Medik
    ISBN: 9789673887095
    Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
    Penulis: Ustazah Dr. Nor Zatu Amni Mohamad, Dr. Suhazeli Abdullah, Ustaz Nazrul Affandi Jani
    Tahun Terbitan: 2021
    Muka Surat: 252
    Format: Softcover
     
    Kelebihan Buku Ini :
    – Ditulis istimewa oleh penulis utamanya, seorang wanita buat pedoman sekalian wanita lain
    – Mengupas isu lazim mahupun isu semasa dan mitos yang dekat dengan kehidupan wanita moden menerusi penjelasan keagamaan dan perubatan
    – Mengandungi gambar rajah, imej dan infografik untuk memudahkan pemahaman
    – Penggunaan laras bahasa penulisan yang bersesuaian serta penerangan yang jelas dan mudah difahami
    – Membentangkan pelbagai pandangan, iaitu secara tidak langsung mempersembahkan keluasan Islam dalam perincian sesuatu perkara

    Sinopsis
    FIQAH MUSLIMAH: Suatu isu dan topik kupasan yang tidak asing lagi dan sering diwacanakan atas kesedaran terhadap peri pentingnya usaha meningkatkan ilmu ibadat yang lebih khusyuk dan berkesan.
     
    Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab untuk ingat-mengingati dan terus meluaskan dakwah di muka bumi Allah ini. Berlatarbelakangkan kelas fiqah yang dikelolai oleh penulis, beliau mula mencari rang untuk menyalurkan pelbagai jawapan bagi persoalan kontemporari yang didepani kaum Hawa dari sudut pandang ahli agama yang diasimilasikan dengan sudut pandang ahli perubatan.

    Oleh itu, kehadiran buku ini sedikit sebanyak dapat membantu para pembaca menerusi kecenderungan pendapat penulis setelah melakukan kajian dan penelitian sebagai garis panduan.

Main Menu