BukuMall adalah sebuah platform untuk para kolektor buku se Malaysia, usahawan/penjual/vendor menjual buku dan bahan bercetak.

Anda boleh berjual beli apa sahaja bahan bercetak seperti buku dan hasil seni anda disini. Antaranya ialah Buku Baharu, Buku Terpakai, Buku Langka, Hasil Seni seperti Lukisan, Poster, Komik, Majalah/Zine, Foto Lama bersejarah, Peta, dan Album/Audio Book. Isi rak buku anda dengan buku terpakai, buku terbaharu, buku langka seperti edisi pertama dan salinan bertanda tangan, buku teks baru dan terpakai, dan judul yang tidak habis dicetak sejak bertahun tahun yang lalu.

Idea BukuMall

Idea pembinaan BukuMall ini tercetus dan bermula pada Julai tahun 2020. Antara sebab utama BukuMall ini dibangunkan adalah

1.Terdapat banyak kedai-kedai buku fizikal diluar sana yang mempunyai buku yang sangat bagus, tetapi mereka tiada website atau media sosial khusus untuk jualan dan bertebaran.
2. Buku yang diiklankan di media sosial seperti fb page dan fb group agak sukar dicari terutama buku-buku lama, langka, dan yang tidak diterbitkan lagi.
3. Kebanyakan buku yang diiklankan di fb group tidak mempunyai kategori dan genre yang spesifik serta memberikan kesukaran kepada kolektor buku dan pembaca buku untuk mencari dan membelinya.
4. Buku-buku yang diiklankan di fb group akan tenggelam bersama iklan baharu kerana tidak mengikut kategori yang betul.
5. Buku yang hanya dijual dikedai fizikal tidak mampu menembusi atau merentas negeri bagi pembaca yang tinggal jauh dari kedai buku tersebut. Gedung Kolektor Buku Malaysia
6. Wujudnya ‘scammer’ atau kes penipuan terhadap kolektor atau pembaca yang membeli buku melalui media sosial.
7. Penjual sering kali mengadu adanya pembeli ‘Joy Buyer’ yang sudah lock buku, tetapi tidak meneruskan pembayaran. Jadi menimbulkan masalah untuk kolektor/pembeli lain yang ingin membeli buku tersebut.

VISI BukuMall

Menjadi sebuah platform marketplace buku secara atas talian pertama dan terbesar di Malaysia dengan menghimpunkan seluruh usahawan buku dan kolektor buku dibawah satu platform yang menggunakan system lebih teratur, tersusun dan lebih sistematik menjelang Disember tahun 2025

Misi BukuMall

Kelebihan BukuMall

Main Menu