365 Tip Didik Anak Gaya Nabi: Edisi Kemas Kini
-
( 2 Reviews )Rated 4.50 out of 5 based on 2 customer ratings02
Tajuk: 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi: Edisi Kemas Kini
ISBN: 978-967-481-187-7
Penerbit: PTS
Penulis: Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki
Tahun Terbitan: Cetakan enam, 2020
Muka Surat:192
Halaman: Berwarna
Format: Softcover
Berat (kg):0.300
Dimensi (cm): 22.9cm x 15.2cm x 1.1cm
==================
SINOPSIS/SARI RANSANG
Keistimewaan Buku Ini:
– Dalil daripada Al-Quran, hadith, dan pendapat ulama.
– Bertemakan ‘1 hari 1 tip’, disertakan 365 Tip Jom Amal legkap sebagai bimbingan ibu bapa untuk setahun.
– Setiap topik dinyatakan kelebihan dan tujuan pelaksanaannya.
– Contoh cadangan aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak.
Buku 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi yang dicetak berwarna warni ini terbahagi kepada 3 bahagian.
Bahagian
pertama bertajuk Melihat Anak Sebagai Amanah banyak menyentuh tentang
tip pendekatan pendidikan anak-anak. Manakala dalam bab yang kedua pula
bertajuk Menelusuri Didikan Anak-Anak Nabi banyak memberikan tip dan
pendekatan pendidikan bersumberkan kisah para nabi. Bahagian ketiga pula
adalah bonus, bagaimana mengurus anak bermain gajet.
Buku yang
bertemakan 1 hari 1 tip yang merangkumi 365 tip untuk diamalkan oleh ibu
bapa. Tip yang diberikan secara tidak langsung dapat memberikan idea
dan kaedah yang praktikal kepada ibu bapa bagi mendidik dan membesarkan
anak-anak.
Penulisan buku ini merupakan satu bimbingan yang
ringkas tapi padat dengan saranan bersandarkan dalil daripada al Quran,
hadis dan juga pandangan ulama. Selain itu buku ini juga amat istimewa
kerana menyertakan pelbagai informasi tambahan yang menarik dan menambah
maklumat kepada para pembaca.
Selari dengan keadaan semasa yang
mana anak-anak dewasa ini banyak terdedah kepada gajet. Maka buku ini
tampil memberikan bonus bagi pembaca dengan memberikan bonus 13 tip
mengurus anak bermain gajet. Antaranya menyenaraikan baik dan buruk
gajet, ‘do and don’t’s’ serta banyak lagi.
Pendekatan penulisan
yang mengambil kisah-kisah daripada al-Quran dapat mendorong dan menarik
minat pembaca serta mudah untuk difahami dan dipraktikkan. Selain itu
penulis juga ada memberikan cadangan permainan yang kreatif contohnya
permainan puzzle bahtera Nabi Nuh a.s.
Tip yang diberikan dalam
buku ini secara padat dan ringkas tidak menjemukan bacaan, ia mudah
untuk dipraktikkan serta dirujuk dengan adanya senarai bab yang
diberikan.
Bagi ibu bapa yang tercari panduan dan bimbingan bagi mendidik anak-anak, buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan dan bimbangan.
Penulis
buku ini merupakan insan yang tidak asing lagi di kaca TV mengendalikan
program fiqah wanita, motivasi agama dan juga keibubapaan. Beliau yang
dikenali sebagai Ustazah Isfadiah adalah graduan UIAM, merupakan mantan
pensyarah di UIAM. Sekarang ini penulis aktif mengendalikan seminar dan
program keibubapaan.
ISI KANDUNGAN
Kata Pengantar
Bahagian 1: Melihat Anak sebagai Amanah
Bab 1: Membisikkan dalam Hati Bahawa Anak adalah Amanah Allah s.w.t.
Bab 2: Jadikan Kalimah Tauhid sebagai Lafaz Permulaan
Bab 3: Ajar Anak Mengenali Allah s.w.t. dengan Sifat-Sifat 20
Bab 4: Didik Diri dengan Ilmu
Bab 5: Didik Anak Mengetahui Kejadian Alam Semesta dan Kebesaran Allah s.w.t.
Bab 6: Didik Anak Mendirikan Solat
Bab 7: Bekalkan Ilmu Agama yang Secukupnya kepada Anak
Bab 8: Hidupkan Bi‘ah Islamiyyah di Rumah
Bab 9: Dekatkan Anak-Anak dengan Masjid ataupun Surau
Bab 10: Tanamkan Semangat Jihad dalam Jiwa Anak-Anak
Bab 11: Ambil Peduli Perihal Sahabat Anak-Anak
Bab 12: Tanamkan Azam dalam Diri Supaya Istiqamah dalam Mendidik Anak
Bab 13: Kenalkan Anak dengan Rukun Islam dan Rukun Iman
Bab 14: Perdengarkan Nasyid Ketuhanan
Bab 15: Asah Minda Anak dengan Kuiz
Bab 16: Latih Anak bagi Mengakui Kesilapan
Bab 17: Berzikir Bersama Anak dan Seluruh Ahli Keluarga
Bab 18: Kenali Fitrah Anak-Anak
Bab 19: Memberi Perhatian kepada Anak-Anak yang Aktif
Bab 20: Ajak Anak Bermain Sambil Belajar
Bab 21: Peka Terhadap Anak yang Gemar Meniru Tingkah Laku Orang Lain
Bab 22: Santuni Anak Ketika Berkomunikasi
Bab 23: Bersedia Berhadapan dengan Anak yang Suka Melawan dan Membantah
Bab 24: Ajari Anak Membezakan Antara yang Betul dan Salah
Bab 25: Aktifkan Peraturan di Rumah dengan Konsep Tegas, tetapi Mesra
Bab 26: Bersedia Melayan Anak yang Gemar Bertanya
Bab 27: Berikan Pujian dan Dorongan kepada Anak
Bab 28: Luangkan Masa untuk Anak yang Gemar Bermain dan Berjenaka
Bab 29: Wujudkan Persaingan Sihat dalam Kalangan Anak-Anak
Bab 30: Hargai Anak Lelaki, Puji Anak Perempuan
Bab 31: Rangsang Imaginasi Anak dengan Kisah Keagungan Allah s.w.t.
Bab 32: Galakkan Anak-Anak Mencuba Sesuatu yang Baru
Bab 33: Peka Perkembangan Bahasa Anak yang Cepat
Bab 34: Sokong Anak yang Cenderung Merungkai dan Mencantum
Bab 35: Sebut Kelebihan Anak-Anak
Bab 36: Bimbing Anak yang Sensitif dengan Sentuhan
Bab 37: Dengar Dua Kali Penjelasan Anak sebelum Buat Kesimpulan
Bab 38: Latih Anak Fokus untuk Cemerlang di Dunia dan Bahagia di Akhirat
Bab 39: Galakkan Anak Bereksperimen
Bab 40: Kenalkan dan Ajar Anak Sebut Kalimah Allah untuk Pupuk Rasa Cintakan Islam
Bab 41: Menghayati Kebesaran Allah sebagai Tanda Cinta kepada-Nya
Bab 42: Kenalkan Nama-Nama Allah Seawal Usia Anak
Bab 43: Dorong Anak Mencintai Rasulullah s.a.w.
Bab 44: Ajak Anak Mencintai Orang-Orang yang Dikasihi Rasulullah s.a.w.
Bab 45: Berterima Kasih kepada Ibu Bapa
Bab 46: Ingatkan Anak Bahawa Ibu Bapa Tiada Pengganti
Bab 47: Fahami dan Dengari Gejolak Rasa Cinta Anak
Bab 48: Lakukan Ibadah Solat di Hadapan Anak
Bab 49: Latih Anak-Anak Berpuasa
Bab 50: Kenalkan Anak dengan Kalam Allah s.w.t.
Bab 51: Berzikir Mengingati Allah s.w.t.
Bab 52: Berikan Tazkirah untuk Fahamkan Anak Konsep Pahala dan Dosa
Bab 53: Kenalkan Anak dengan Syurga dan Neraka
Bab 54: Ajar Anak Beristighfar
Bab 55: Jadikan Aurat Benteng Maksiat
Bab 56: Jadikan Bicara Anak Bicara yang Bermanfaat
Bab 57: Berikan Sentuhan Kasih Sayang yang Tulus kepada Anak
Bab 58: Bersedia Saat Sakaratul Maut Menjenguk Kita
Bab 59: Lakukan Aktiviti Mengikut Kesesuaian Tahap Umur
Bab 60: Zahirkan Rasa Cinta pada Usia Tujuh Tahun Pertama
Bab 61: Tanamkan Disiplin dalam Diri Anak
Bab 62: Dekati Anak dengan Cara Berkawan
Bab 63: Ajar Anak Berdikari
Bab 64: Ibadah dan Hidup Saling Berkait
Bab 65: Bangkitkan Roh Teladan dalam Diri Anak
Bab 66: Tetapkan Matlamat Hidup
Bab 67: Menegur, Bukan Mengherdik
Bab 68: Pilih Waktu yang Sesuai untuk Tarbiah dan Menasihati Anak
Bab 69: Didik Anak ketika dalam Perjalanan
Bab 70: Didik Anak ketika Waktu Makan
Bab 71: Didik ketika Anak Sakit
Bab 72: Bersikap Adil Terhadap Anak-Anak
Bab 73: Hindari Sikap Pilih Kasih pada Anak-Anak
Bab 74: Elak Mendoakan Keburukan Terhadap Anak-Anak
Bab 75: Jadikan Pengajaran sebagai Pendidikan untuk Anak
Bab 76: Memberi Hukuman Mengikut Tahap
Bab 77: Bina Kefahaman Anak dengan Mengupas Hadith
Bab 78: Jadikan Pesanan Luqman Al-Hakim sebagai Tarbiah kepada Anak
Bab 79: Ajari Anak Bahasa Asing Terutama Bahasa Arab
Bab 80: Tunaikan Hak Anak
Bahagian 2: Menelusuri Didikan Anak-Anak Nabi
Bab 81: Mendorong Potensi Anak seperti Nabi Adam a.s.
Bab 82: Memberi Peringatan ke Arah Kebaikan
Bab 83: Mengagihkan Tugas Mengikut Kecenderungan Anak-Anak
Bab 84: Pupuk Cita-Cita Anak
Bab 85: Sedia Berhadapan dengan Cabaran Mendidik Anak Erti Cinta
Bab 86: Ambil Peduli Pengurusan Ad-Dharurah
Bab 87: Ambil Iktibar dalam Kisah Dakwah Nabi Nuh a.s.
Average Rating
4.50
2 Reviews For This Product
General Inquiries
There are no inquiries yet.
mazlie nadzri (verified owner) –
Terbaik
mazlie nadzri (verified owner) –
anak suka baca