Novel ini bukan sahaja sebuah novel remaja yang penuh dengan kisah kehidupan, kekeluargaan, persahabatan, percintaan, tetapi juga sarat dengan motivasi dalam melihat dunia dari pelbagai sudut. Yang terhijab dan yang jelas di pandangan.
Dimuatkan budaya bangsa, adat Melayu yang mengamalkan pantang selepas bersalin. Disisipkan tentang kasih abang dan adik. Yang dalam meniti kehidupan, walau jarak memisahkan, tetapi ikatan persaudaraan tetap utuh dalam doa yang kukuh.