[BC] AKADEMI ALIF Faham Faraidh Pembahagian Harta Pusaka Kepada Ahli Waris Menurut Syariat Islam – Hilmi Haniz Muhammad

RM30.00

5 in stock (can be backordered)

Penerbit: Akademi Alif
Format: Paperback
Halaman: Hitam Putih
Muka Surat: 324 Muka Surat

  Ask a Question
Store
0 out of 5
Category:

Keistimewaan buku Faham Faraidh

1. Isi kandungan disusun dengan mengikut tertib dan berstruktur.
2. Penjelasan yang ringkas dan menggunakan gaya bahasa yang mudah.
3. Mengandungi maklumat yang lengkap dan padat.
4. Kaedah pengiraan yang praktikal dan mudah difahami.
5. Mengumpulkan banyak maklumat daripada kitab-kitab dan buku-buku berkenaan ilmu Faraidh.
6. Dilengkapi dengan pelbagai contoh, jadual, gambararajah dan kaedah Faraidh.
7. Pengalaman penyusun selama lebih lima tahun dalam pembelajaran dan pengajaran ilmu Faraidh.

Sinopsis Buku Faham Faraidh

Ilmu Faraidh merupakan salah satu ilmu yang istimewa dan unik, namun masih tidak ramai di kalangan umat Islam yang dapat menguasai ilmu ini. Ini berlaku adalah disebabkan oleh beberapa faktor, di antaranya ialah kekurangan penyebaran ilmu ini, samada dari segi tenaga pengajar dan bahan rujukan, masyarakat sukar untuk memahami ilmu ini, tahap penguasaan ilmu matematik yang lemah dan sebagainya.

Maka bagi membantu masyarakat dalam mempelajari dan menguasai ilmu ini, buku ini ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami dan teknik-teknik pengiraan yang ringkas. Buku ini merupakan buku yang kedua penyusun iaitu buku lanjutan daripada buku asas iaitu Fajar Faraidh.

Buku ini dihasilkan setelah penyusun mengadakan beberapa siri kursus dan bengkel berkaitan ilmu Faraidh selama beberapa tahun. Terdapat banyak maklumat-maklumat tambahan yang bermanfaat ingin dikongsikan. Selain itu juga penyusun juga telah mengikuti beberapa pengajian ilmu Faraidh dalam usaha untuk menguasai ilmu ini. Penyusun juga telah membuat beberapa rujukan daripada kitab-kitab yang muktabar, buku-buku tentang harta pusaka  dan artikel-artikel berkenaan bidang ini.

Pembahagian buku ini masih dikekalkan seperti di dalam buku Fajar Faraidh iaitu dibahagikan kepada dua bahagian yang utama iaitu, Pemahaman dan Pengiraan. Dua bidang pengetahuan ini amat penting untuk memahami dan menguasai ilmu Faraidh.  Pembahagian ini juga bertujuan untuk memudahkan pembaca untuk memahaminya.

Additional information

Weight 0.5 kg
Dimensions 20 × 25 × 5 cm
Be the first to review “[BC] AKADEMI ALIF Faham Faraidh Pembahagian Harta Pusaka Kepada Ahli Waris Menurut Syariat Islam – Hilmi Haniz Muhammad”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Reviews

There are no reviews yet.

General Inquiries

There are no inquiries yet.

Main Menu