Belaian Jiwa

RM8.00

1 in stock

  Ask a Question
Categories: ,

Tajuk : Belaian Jiwa

Penulis : Eka Fahara

ISBN : 9789831243138

Indahnya cinta yang membelai jiwa takala kau berada si sisi. Manisnya madah bila dicita takala kau ucapkannya. Namun, sering pulak aku resah bila ada saja penghalangnya. Pedih dan sedih dihina hanya aku yang merasainya. Rasa sakit kerana dibohongi hanya aku yang mengerti. Terkapai-kapai kukelemasan untuk merungkaikan suatu kejujuran. Hanya ALLAH yang tahu betapa parahnya aku menanggung. Maka, perlu lagikah aku merahsiakan gelodak hati ini?

Syed Danial Hafizi… di manakah harus kuletakkan harga diri ini bila Tengku Amnah mempersoalkan keikhlasan hati ku? Persoalan yang terus memburu dan mengacau damai kasih kita tika cinta suci kita telah kukuh tersemat di sanubari. Ah… aku tak sanggup menghadapi perpisahan ini.

Zahri… kasih sayangku terhadapmu hanyalah kasih sayang seorang adik terhadap abang. Aku tidak mahu meneruskan perkahwinan ini kerana aku belum bersedia  ke arah itu. Walaupun pahit dan penuh duka, aku nekad menoktahkan hubungan ini. Maafkan aku…

Adim… sikap ambil beratmu membuatkan aku terharu. Bergetar jiwa ini bila panahan matamu menikam jantungku. Namun, bila menyedari siapa diri ini, rasa bersalah bercambah di hati.

Alisya rimas mendambahkan cintanya. Antara tiga lelaki itu, yang manakah harus dia menyemai kasih? Di saat bersemi, perhatian lelaki itu amat dinantikan. Lantaran, dia berasa damai menumpang teduh di bawah payung kasih yang menjadi hak mutlaknya.

Additional information

Weight 0.44 kg
Be the first to review “Belaian Jiwa”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Reviews

There are no reviews yet.

General Inquiries

There are no inquiries yet.

Main Menu