Pembaca akan merasai sendiri, sebuah catatan perjalanan seorang lelaki melalui pemerhatian awalnya terhadap kaedah rawatan tradisional Cina menggunakan jarum, yang akhirnya beliau kenali sebagai akupuntur. Penulis berjaya membawa pembaca mengikuti dengan penuh minat, bagaimana perjalanan remaja lelaki yang pada mulanya tertarik dengan sesuatu yang asing, kepada seorang yang berani bertanya dan seterusnya sedikit demi sedikit berkenalan dengan akupuntur. Pengalaman sebenar penulis, tentunya memudahkan lagi beliau menyampaikan kisah benar beliau dalam buku ini. Daripada seorang remaja yang mengintai-intai JARUM pada mulanya, cintanya terhadap akupuntur terus mekar. Pelbagai halangan dihadapinya sebelum bergelar seorang Akupunturis, langsung tidak mematahkan semangat dan cita-citanya. Selepas memperoleh Diploma dan seterusnya ijazah sarjana dalam pengkhususan akupuntur, beliau berhadapan dengan cabaran dalam membina kerjayanya sebagai Akupunturis. Pelbagai masalah dan kekangan seakan menjadikan beliau lebih kuat untuk berjaya.Bermacam-macam pengalaman semasa melakukan rawatan akupuntur, menjadikan beliau lebih tekad memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, sehinggalah beliau berjaya membuka klinik akupuntur sendiri. Beberapa tahun selepas itu.kehadiran majoriti pesakit Melayu, telah membuka peluang dan ruang kepada beliau menerapkan konsep halal dalam rawatan berkaitan akupuntur. Usaha murni ini, bersama tanggungjawab dan sikap professional beliau sebagai seorang Akupunturis, seharusnya membuka mata rakyat Malaysia, bahawasanya duit bukan segala-galanya. Duit tidak boleh membeli kesihatan tetapi dengan duit kita boleh berusaha untuk menjadi sihat! Tanpa sempadan agama, bangsa dan kefahaman, nilai murni sebagai seorang bangsa Malaysia harus dipertahan dan dibanggakan.
Jarum yang halal
RM49.90
Price Summary
- RM49.90
- RM49.90
- RM49.90
Tajuk: Jarum yang halal
ISBN: 9789671663516
Penerbit: Adana
Penulis: Jong Koi Chong
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 133
Halaman: Hitam Putih
Berat (kg): 0.5
Weight | 0.5 kg |
---|---|
Dimensions | 21 × 15 cm |
Be the first to review “Jarum yang halal” Cancel reply
General Inquiries
There are no inquiries yet.
Related Products
Mantik: Tadrib al-Adani Terjemahan Risalah Mantiq Shaykh Yasin al-Fadani | Kitab Agama Terjemahan
Terjemahan bagi Kitab Risalah Mantiq karya Shaykh Yasin al-Fadani. Kitab dalam Bahasa Melayu dan dilengkapi dengan gambar rajah. Sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan ilmu mantik.
GUNTING
Gunting adalah sebuah buku yang menghimpunkan 50 buah kisah pengkhianatan dari 50 orang penulis. Sejarah pengkhianatan ini telah berlaku ribuan tahun dan hari ini kita juga tidak dapat lari dari dikhianati.
Himpunan 50 kisah khianat ini selain berupaya menjadi pedoman dan panduan hidup juga menjadi sejarah pengkhianatan sesama manusia di muka bumi Tuhan.
Siri Pengurusan : Perakaunan dan Kewangan untuk Bukan Akauntan
Edisi kedua yang telah dikemaskini (2014)
Maklumat merupakan sumber yang amat berharga selain wang ringgit. Walau bagaimanapun, maklumat tanpa pengetahuan tidak bermakna langsung kepada setiap orang. Menyedari hakikat ini, buku ini dihasilkan untuk memperkenalkan ilmu perakaunan kepada pembaca yang tidak pernah mengikuti kursus perakaunan langsung bagi membolehkan mereka memahami dan menggunakan ilmu perakaunan
Sangat berbaloi untuk mereka yang ingin memahami sepenuhnya tentang perakaunan.
365 Tip Didik Anak Gaya Nabi: Edisi Kemas Kini
Tauhid: Irsyad al-Mu’minin ila Ma’ani al-Nur al-Mubin | Kitab Agama Terjemahan Bahasa Melayu Akademi Pemikiran Turath APT
Perbincangan mengenai kaedah al-Qur’an dalam memahami tauhid. Kitab al-Nur al-Mubin adalah karya masyhur yang dikarang oleh seorang ulamak Gharnat (Granada, Sepanyol) iaitu al-Imam Ibn Juzay al-Gharnati al-Maliki.
There are no reviews yet.