Rasa-fenomenologi ialah sebuah teori estetik yang membincangkan pengalaman estetik ataupun pengalaman menikmati keindahan karya seni seperti sastera.
Teori estetik ini merupakan upaya gabungan dan penyesuaian dua teori estetik iaitu teori rasa dari Timur dan teori fenomenologi dari Barat. Kekuatan kedua-dua teori estetik ini dimanfaatkan bagi menghasilkan suatu teori estetik yang lebih mantap dan berkesan dalam memperkatakan tentang pengalaman estetik.
Buku ini tidak hanya membincangkan teori rasa-fenomenologi malah menjabarkannya terhadap novel, puisi, cerpen dan drama Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said. Penulis menggunakan kaedah estetik intertekstual. Kaedah ini dihasilkan daripada penyesuaian antara dialogisme Mikhail Bakhtin dan intertekstualiti Julia Kristeva.
Kaedah ini berdasarkan psikologi gestalt, dan sekali gus menolak cara kerja pascamodenisme.
There are no reviews yet.