Aristokra: Kronika Nashan (Ahmad Patria)

RM25.00

In stock

Kalau diberi pilihan, inilah novel yang patut diadaptasi. Sepanjang membaca, asyik terbayang keindahan dunia fantasi Aristokra. Sebuah novel epik fantasi yang saya kira sama hebatnya dengan novel epik fantasi dari barat. Bahasa yang indah, olahan yang menarik dan sepanjang pembacaan, dada berdebar sama.

– Farah Husain

  Ask a Question
Store
0 out of 5
SKU: 9789673693184 Categories: , , ,

Format: Kulit Lembut
Saiz: 4.5″x7.25″
ISBN-13: 978-967-369-318-4
Tarikh Terbit: 31 Mar 2016
Jumlah Muka Surat: 384
Berat (Kg): 0.26 kg

Penulis: Ahmad Patria

===========================


Sinopsis

Nashan.

Sebuah negara kecil jauh ke utara Aurora, yang kini diperintah oleh Melyn ien Sarra iea Nashrain, puteri dan Aristokra yang terakhir.

Daerah legenda dan mitos, paling gemilang antaranya adalah Spiara Bulwar, kisah epik yang menceritakan persahabatan pahlawan terbilang itu dengan Shilrung, serta pertarungan mereka menentang Krodra, gergasi samudera yang menggerunkan.

Dan kini pemerintahan Melyn diancam bahaya.

Sursis, pahlawan adi dan panglima gagah dari banjaran gunung jauh, mahu menakluki Nashan. Kehadiran Mori, kesatria misteri yang dikirim oleh Artakus, Lodra Perang Aurora, bakal mengubah segala-galanya. Namun, kehebatannya tidak dapat menandingi kegagahan Sursis, yang belum pernah tewas dalam pertempuran.

Percaturan Merkia, wizra terulung yang menguasai magis tinggi, memberikan sinar harapan dalam usaha mereka menentang ancaman musuh.

Namun, rahsia yang bakal menentukan takdir seluruh Nashan tersembunyi dalam legenda Spiara Bulwar.

Firasat murni dan magis tinggi, persahabatan sejati dan pengkhianatan misteri, kesemuanya tergabung dalam perjuangan Melyn ien Sarra iea Nashrain, puteri Kushan yang pintar dan jelita, yang paling terkenal dengan hanya satu gelaran,

Aristokra.

 

Ulasan

Kalau diberi pilihan, inilah novel yang patut diadaptasi. Sepanjang membaca, asyik terbayang keindahan dunia fantasi Aristokra. Sebuah novel epik fantasi yang saya kira sama hebatnya dengan novel epik fantasi dari barat. Bahasa yang indah, olahan yang menarik dan sepanjang pembacaan, dada berdebar sama. – Farah Husain

Be the first to review “Aristokra: Kronika Nashan (Ahmad Patria)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Reviews

There are no reviews yet.

Shipping Policy

Pesanan akan dihantar dalam tempoh 1-3 hari bekerja.

Refund Policy

Wang akan dikembalikan sekiranya buku kehabisan stok.

Cancellation / Return / Exchange Policy

Pembatalan boleh dilakukan sekiranya pesanan masih belum diproses (boleh mesej kami untuk maklumat lanjut).

Pertukaran hanya akan dilayan jika ada kecacatan atau kesilapan cetakan. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

General Inquiries

There are no inquiries yet.

Main Menu